Perangai

Salam. Nak cerita ringkas je kali ni. Semalam, pukul 3.30 petang. Karim keluar pintu pagar sekolah hendak pulang ke rumah. Then, lalu la bas-bas sekolah dan van-van yang ada. Bila Karim sampai je di sebelah sebuah van sekolah, puup! Plastik sampah muncul dari dalam van tu (plastik sate kot kalau tak silap).

Karim pun macam menyirap la kan. Kenapa selamba dek je nak buang-buang sampah ni? Karim pun pergi tengok siapa yang buat benda alah tu. Rupa-rupanya murid Al-Amin sendiri yang buat. Bila Karim tenung je muka budak tu, terus tunjuk member yang lain. Tak berani pulak nak mengaku.

Tapi disebabkan Karim nak cepat, Karim tak sempat nak kutip sampah tu. Then, bila dah masuk kereta, Karim nampak makcik van tu tengah pegang plastik tu sambil marah-marah budak tu. Bagus jugak ada yang menegur macam tu. Takdelah besar kepala budak tu nanti.

Pesanan daripada Karim, "Kutiplah sampah yang ada. Kalau bukan kita, siapa lagi?"

(Post ringkas je. Harap dapat ambil iktibar)

5 comments:

BitterSweet said...

3 cara nak mencegah kemungkaran

1- mencegah menggunakan tangan iaitu menggunakan kuasa yang ada pada diri x kira sebagai pengawas, senior, mahupun sekadar pelajar biasa

2- mencegah melalui lidah iaitu menggunakan kata-kata untuk menasihati orang lain agar amar maruf nahi munkar

3- mencegah melalui hati iaitu membenci perkara maksiat yang berlaku didalam hati dan merupakan peringkat pencegahan yang paling lemah

(Ana tahu semua dah mahir dengan hadis ni, tapi inilah pentingnya tazkeerah...sering ingat-mengingati)

Anonymous said...

bagus jgak r mak cik tue...
kalo x mst sampah tue still ade smpai esok pagi

Anonymous said...

ingat ye pengawas-pengawas semua apa yang dah dijanjikan...janji tetap janji..[cara pertama mencegah kemungkaran]~!! salam ziarah.;.;...

Nabilah-LilyPatel said...

agaknyew wich is my category?

Anonymous said...

e'eh...mcm kenal je mkcik van tu.hurm...mmg bagos mkcik tu!kat skola tu de 2 org je mkcik van.hahaha....org yg buat tu pon telebeh pandai.pesanan dr mkcik van yg mrh bdk tu "ajarlah bdk al-amin buang sampah di tempat yg sepatutnye."