Saya Sayang Mama...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya


Dia seorang yang mulia. Aku seorang yang hina. Dia seorang yang sabar. Aku seorang yang pemarah. Ya, memang dialah yang paling aku sayangi. Namun, selalunya dia yang paling sering tidak dihormati. Bukan hati ini tidak ingin, namun ego dan kedudukan lebih dingin. Bukan naluri manusia menolak, namun nafsu ammarah yang naik mendadak.
Sering bibir ini ingin mengucapkan SAYANG padanya, tapi lafaznya terlalu jauh dari bibirku.

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu


Melihat wajahnya sahaja, sudah cukup mendamaikan. Ya, memang melihat wajahnya dijanjikan pahala. Di kala masalah melanda, dia tetap setia di sisi. Kehilangannya di sisi, sudah cukup menggusarkan hati. Namun, itulah yang tersembunyi. Memang pada zahirnya tidak ku akui betapa pentingnya dia, namun batinku menjerit- Dia amat penting buat aku. Dia, telah Allah anugerahkan kepadaku, hanya dia dalam dunia ini. Begitulah ketentuan Allah, dia dan hanya dia, tiada yang lain.

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia


Aku tidak tahu mengapa, setiap kali ingin luahkan sayangku, lidahku terikat. Mengapa? Aku bukan lemah dalam berkata-kata! Cukuplah sijil aku menunjukkan bahawa aku memang pandai berkata-kata. Tapi, kenapa bila tiba masanya untuk aku menuturkan sayang, lidahku terikat, bibirku memberat? Seringkali lidah ini mengeluarkan perkataan biadap. Ya, biadap. Amat ringan perkataannya, namun tajam menusuk hati dia yang ku sayangi. Maafkan aku. Aku tak bermaksud begitu, aku sayang sama dia namun susah untuk aku menzahirkannya. Aku kasih sama dia namun sukar rasanya untuk aku menterjemahkannya. Hanya....Kebisuan diriku yang dapat mengungapkan rahsia sayangku pada dia.

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Aku sering begitu. Sering mengharapkan satu dimensi milik Tuhan yamg masih misteri, iaitu masa untuk melarikan lafazku daripada dia. Dalam hatiku, sering berdoa, Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk melafazkan penghargaan dan sayangku pada dia. Berilah aku kemudahan untuk aku menterjemahkan kepatuhan hatiku kepada kelakuanku pada dia. Berilah aku masa, untuk aku membasahi hatiku dengan kasih sayangnya. Selama ini, dengan kehadirannya seringkali aku tidak menghargai dia. Kini, ketiadaannya membuatkan hatiku rindu, amat merindui kehadiran dia.

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata


Ya? Apakah yang akan hilang? Mengapa tidak kuluahkan semuanya? Sejujurnya penghargaan aku. Betul, dia sememangnya layak dihargai. Dialah asbab kejayaanku pada hari ini, dengan izin Allah. Iya, aku memang terfikir. Allah berkuasa menjadikan semua perkara, sama ada dengan asbab, tanpa asbab, mahupun berlawanan dengan asbab. Semuanya di atas KudratNya. Ya, memang aku sukar untuk luahkannya, namun hati ini bertekad, akan aku luahkannya. Biarpun tergugat naluri palsuku, sebagai seorang lelaki. Biarpun perasaan dan nafsu melawan, ku biarkan iman dan mata hati menunjuk jalan. Mungkin hari ini hari terakhir buat aku, atau buat dia.

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Apa yang aku harapkan, ialah agar aku diberi kesempatan untuk mengucapkan sayang padanya. Aku tak sanggup kehilangannya, jujur aku sebagai manusia, aku masih memerlukannya. Kata-katanya, malah masakannya! Teringat sewaktu aku di bangku sekolah, seringkali ku menulis makanan kegemaranku; nasi goreng kampung. Namun, sekarang baru aku sedar, masakan dia lah yang paling ku gemari. Hati selalu pedih mengenangkan hakikat ini, mengapa tidakku manfaatkan segala masa ketika bersamanya dulu? Jujur, aku sebagai manusia tidak sanggup kehilangannya. Mungkin bibir ringan berkata, redha pada ketentuan. Namun, hati ini yang akan remuk, sekiranya dia pergi dahulu. Masih banyak yang ingin kukongsikan bersamanya, masih banyak yang ingin kuceritakan, masih banyak yang ingin kuguraukan bersamanya, masih banyak kasih yang aku dahagakan daripadanya. Maafkan aku. Aku sentiasa mengharapkan kau memahami diriku, namun hakikatnya akulah yang tidak memahami diriku sendiri. Akulah yang selalu menterjemahkan perasaan tidak puas hati kepada kelakuan, namun tidak pernah dapat ku meneterjemah sayangku padamu. Mother, mama, ibu, ummi, itulah nama yang mulia namun jarang manusia hargai. Pada hari ini, baru ku pelajari hakikatnya. Pada peringkat manusia, dia telah Tuhan buatkan tiada dua. Hanya satu untukku. Aku amat sayang sama dia. Amat sayang.

tikus and the gang!!

Assalamualaikum w.b.t

tikus? apa cer?

jom layannn..

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, "hmmm... makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?".

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang Tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!"

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui Sang Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku." Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku.

Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?" Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular tersebut yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.

Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi ibrahnya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.again n again


dipetik dr tulisan

Ali Arif Bin Che Hamid, Bangi


Assalamualaikum semua!

Unseen Conflicts

Pada suatu hari...Di Al-Amin Gombak

Private : Ready? Which one?
Captain : Yes, choose the bright ones, worth to win over them.
Private : But, I do not understand sir, why don't we just go to other places, and have the easier ones?
Captain : NO, you don't understand it yet, we may get the weaker ones easier, but without wiping these bright brains, more of them will be produced. To have them all below our feet, we must wipe out the dominant ones.
Private : Oh, ok, but, why us? We have the higher ranks, greater skills, more degrees, higher common sense.
Captain : It is because our brothers are not capable. Only we can match them. We know more tricks, and know about them more. Never forget about what you've learned in Human Biological System class.
Private : Ok, good luck sir. Please wear your safety suit, so they do not singe you.

-------------------------------------------------------------------------------------

Private : Gotcha! Let's go.
Captain : Ok. I'll get into his body first, do not forget to switch on your tools.
Private : Yes sir! Ready, 3, 2, 1. Launch!
Captain : In! Now, let's focus to the situation. Make sure the girl is in the position.
Private : Ok, Done.
Captain : Good, now I'll flow through his amigdala, so his emotions will become unstable, you, keep manipulating the photons. Make sure his eyes are locked at the girl.
Private : Yes sir, initiating. Photons completely manipulated sir. I've locked his eyes at two parts of the girl.
Mafhum Hadith
"Syaitan berada di bahagian dada dan punggung wanita-wanita, kerana itu lelaki akan tertarik melihatnya"

Captain : Whoa! Good job, 90 percent done. Now, you maintain it, I'll completely hack his brain and consciousness. He'll become uncouncious spiritually.
Private : Sir, you are now entering his QALB (Heart), just hope you can break into his heart to win him.
Captain : SHIT!!! God Damn It. He's fasting, his vessels are too narrow for me to flow.
Mafhum Hadith
"Sesungguhnya syaitan mengalir di dalam darah anak-anak Adam. Maka berpuasalah untuk menyempitkan saluran darah."

Private : Sir, you must be quick sir, his 'iman' is already starting to fill up sir! He is regaining his conciousness!
Captain : Shut Up!!! I know what to do, I'm your captain. So, just shut that fcuked mouth up.
Private : Ok! Just to inform, you are almost there.
Captain : After I'm in, make sure the group on the girl's side is ready, trigger her neurones to produce an involuntary movement; look into this guy's eyes perfectly.
Private : Copy that!
Captain : DAMN!!! His heart is so bright! I don't think I can make it.
Mafhum Hadith
Hati manusia sering didatangi fitnah. Apabila ia mengingkari fitnah itu, hatinya akan dititik putih, apabila dia mengikuti fitnah itu, hatinya akan dititik hitam.
Physical Dimension
Human : Astaghfirullah! Jauh benor aku mengelamun. Fuhh! Sikit lagi...Kalau lama sikit tadi..Kantoi la. Tambah dosa. Astaghfirullah. (Doa agar dijauhkan dari perkara maksiat)

Unseen Dimension


Private : Sir, I guess you can diffuse out now sir. I think you are in trouble. Hurry sir! Sir, hit me back sir! Sir? Sir??!!!! Singed. Good.
Head Quarter : Report.
Private : One dead. His iman is too strong. We can't break through the wall. His aura is also too thick.
Head Quarter : Back now. Allah protect him, shall find other way in 'breaking' him.

Ayat Kursi mempunyai sembilan waqaf. Angka dalam Al Quran dicipta bukan main-main, ia mempunyai tujuan. Ada pendapat mengatakan bahawa sembilan waqaf Ayat Kursi selari dengan jumlah pintu masuk syaitan ke badan manusia, iaitu sembilan pintu masuk. Segalanya kembali kepada Allah, bukan manusia, bukan ilmu, bahkan bukan nama-nama Allah, segalanya atas ALLAH. Wallahu a'lam.

We Can Make A Difference

Mereka pernah berkata...

"Jangan! Jangan boikot! Negara kita akan tercedera dalam kegawatan ekonomi"
"Ramai la yang akan jadi penganggur, pastu penagih"
"Apa ni? Kalau boikot nanti kita nak makan apa? mana ada produk lain dah?"

Tetapi....

Keuntungan produk buatan Malaysia meningkat sebanyak 30 peratus sejak proses boikot bermula berbulan yang lepas, (Berita Harian)

Usahawan tempatan mula meningkat rezekinya, Alhamdulillah.

Siapa kata tak ada produk lain? Islam agama yang sediakan alternatif. Mari, Karim bagi satu contoh yang amat bagus. HPA. Radix Fried Chicken; dibina di tengah-tengah empat cawangan KFC, disaman dengan alasan mempunyai warna sama, kerana menyebabkan kerugian yang amat tak dijangka, di samping ramai pekerja Islam berpindah ke RFC. Halal dan baik. Setiap pekerja kilang HPA diwajibkan solat dhuha, ma'thurat dan berwudhu' sebelum memulakan kerja. Tak puas lagi? Kilang HPA dibina dengan wang tunai RM 1.5 juta, untuk elak riba'. MLMnya telah disahkan sebagai MLM syari'ah. Satu-satunya di Malaysia. Tujuan HPA, salah satunya counter produk-produk boikot. Kesihatan? HPA diiktiraf dan mendapat GMP. Radix Cola, alternatif Coca Cola, merupakan counter untuk kencing manis, yang sebaliknya terdapat pada Coca Cola yang menggalakkan kencing manis.

Allah sudah bagi peluang wahai rakan-rakan, alternatif sudah ada depan mata, tinggal kita mahu sokong atau tak. Jangan lupa , di akhirat Allah tanya. Setiap sen, akan dipersoalkan. Dr Yusuf Al Qaradhawi dah fatwakan setiap sen yang dibelanjakan kepada Israel, hukumnya HARAM.


Az-Zalzalah (7-8)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Moga Allah ampunkan dosa kita dulu, sekarang, dan masa depan.



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Salam

Ponder the wonder I : General Unified Theory?




[35] If their spurning is hard on thy mind, yet if thou wert able to seek a tunnel in the ground or a ladder to the skies and bring them a Sign, (what good?). If it were Allah's Will, He could gather them together unto true guidance: so be not thou amongst those who are swayed by ignorance (and impatience)!
Ayat al-anam, 35



First things first, the basic.
The universe, and everything inside it including our world could be explained by two famous theories, known as 1. The General Theory of Relativity (TGToR) and 2. The quantum theory.

Above us, the mechanism of the heavens: discussing cosmological events and so, is explained by former. And the mechanism of the fundamentals: discussing the basics that make up our universe; quarks, atoms and so, is explained by the latter. And take note of this: both the theories are like 2 kids who can't play and get along with each other. TGToR doesn't work when applied to the quantum world and vice verse. That particular behavior issues a problem which the physicists are desperately finding the solution to it. Why aren't they behaving? How can they make both the kids reconcile and have fun together? And that's what one of the greatest minds of the 20th centuries, Albert Einstein, failed to answer. Yes, the pursuit of the Theory of Everything has begun since 1900 +- and still is.

Second, we move to the ayaah stated above. There are several main words to take notice of. The word "Fainistato'ta" means if you can, if you are capable of. Next, the word "Nafaqaang filArd", means a hole in the earth. And last, the word "Sullamangg fissamaa'" means a stair or a ladder to the skies. Ok, stop reading and think. Got it? Nope? Then keep reading.

As mentioned, there are 2 theories. One related to the cosmo, also known as the sky. And the other one to the small world of quantum. Aah, yes. That's it. Maybe, just maybe, the words aren't literally said or in arabic, a majaaz. "Nafaqaang filArd"= The quantum theory and "Sullamangg fissamaa"= TGToR? And focus on the word, "Fainistato'ta". If you are capable of. Does this mean that one day, the great search of the Theory of Everything would be a success?

Extra info: The word "Nafaqaang filArd" comes before the word "Sullamangg fissamaa". It is common in language to put the more important in front of the lesser one. And today, scientists already know that to understand the cosmo, they would have to understand the quantum world first. Of course, that's nowadays with the technologies and so, but what about 1400 years ago?

Yup, ponder the wonder.

A New Series.




salam to all readers.
It's been awhile since Karim's last update. But that doesn't matter. Because today, Karim would want to start a new series. As we all know, the Quran, albeit indirectly revealed, contains secrets and signs of science. Things to be thought by those God named as Uluul Albaab and may we become one of them. Hope you enjoy and God bless.

And so, the ponders of the wonders by the words of the Creator begin.

PS: The followings are all theories made by Karim and a few friends. You could be skeptical and have a different idea. But just rememeber to "Take the goods, and throw away the bads." :)

Ummatku, Ummatku, Ummatku [Re-post]

Bismillah
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, matahari sudah mula terbit, namun burung-burung gurun masih enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas, memberikan khutbah. “Wahai umatku, kita semua ada di dalam kekuasaan Allah, dan cinta KasihNya! Maka taatilah dan bertaqwa kepadaNya. Kuwariskan pada kalian; Al Quran dan Sunnahku. Barangsiapa yang mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak, orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersamaku”. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang, menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar, menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, naik turun dadanya menahan nafas dan tangisnya. Uthman, menghela nafas panjang, meleraikan hiba. Ali, menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua!!!” keluh hati semua sahabat di kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Dia bakal menemui KekasihNya di akhirat, meninggalkan dunia ini. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkali Ali dan Fadhal dengan cergas menyambut Rasulullah yang berkeadaan lemah longlai ketika turun dari mimbar. Di saat itu, jikalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Detik yang amat menyayat hati.

Matahari kian meninggi, namun pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah, dengan keningnya yang berkeringat. ”Assalamu’alaikum”, kedengaran satu suara dari luar rumah baginda. Fatimah membuka pintu, kelihatan seorang lelaki di hadapannya. Fatimah berkata “Maaf, ayahku sedang sakit tenat”. Dia menutup pintu. Tetamu luar biasa itu mengundang persoalan di lubuk hati Fatimah. “Siapakah dia wahai ayahku?” tutut Fatimah dengan penuh kelembutan. Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah, bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dialah Izrail Malaikatul Maut”.

Fatimah menahan ledakan tangisnya, Izrail sudah mula mengatur langkahnya. Namun Jibril masih tidak kelihatan di sisi Izrail. Di manakah Jibril?! “Maafkanku ya Rasulullah, aku di sini”, Jibril muncul tiba-tiba. Persiapan penduduk langit menyambut kehadiran ruh Kekasih Allah, telah pun selesai. Kini detik yang paling menyayat hati, bakal mengukir sejarah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat sedang menanti ruhmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu”, kata Jibril. “Bagaimanakah keadaan umatku, wahai Jibril?” tanya Rasulullah. “Jangan khuatir ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali setelah umat Muhammad berada di dalamnya.”

Detiknya semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan, ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah menegang, urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakitnya Sakaratul Maut ini!” perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali menunduk, Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?”. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?” kata Jibril. Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerna sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada Umatku!”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar, ingin membisikkan sesuatu. Tatkala Ali mendekatkan telinga, terlafazlah. “Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu. Ummatku, Ummatku, Ummatku”. Maka berakhirlah hidup manusia teragung itu. Di luar pintu, tangis mulai bersahutan, sahabat saling berpelukan, airmata saling bercucuran. Alam dunia telah kehilangan manusia teragung, Muhammad bin Abdullah, Kekasih Allah.

“Ya Rasulullah, Ya Habiballah, ingin sekali aku mengucup wajahmu. Maafkan ku wahai Rasulullah, sekiranya diri ini tidak mengamalkan sunnahmu dan melupaimu.”