Personaliti unggul:Lelaki soleh




Bismillah..


Assalamualaikum w.b.t

Di harap semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat wal'afiat.

''Iman dan Takwa dapat berubah sesuai dengan kadar ketaatan kepada Allah.
Ketaatan kepada Allah dapat membezakan kedudukan para Nabi,Siddiqin,
Syuhada' dan Solehin di dalam syurga kelak.Yang memperoleh kedudukan
yang paling tinggi dan mulia adalah yang memiliki ketaatan tertinggi disisi Allah.''

Sebenarnya Karim sangat tertarik dengan mutiara kata di atas.Ketaatan kepada-Nya
menjadi elemen yang penting dalam hidup kita.Jadi,entri kali ini Karim ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina personaliti unggul iaitu lelaki soleh.

  1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  2. Taat dan berbakti kepada Ibu Bapa.
  3. Cinta dan kasih sayang serta bertanggungjawab kepada keluarga.
  4. Gigih mencari nafkah yang halal.
  5. Mampu mendidik dan mentadbir keluarga.
  6. Sabar menghadapi ujian hidup.
  7. Takut kepada-Nya dan sentiasa mengharapkan rahmat dan redha-Nya.
  8. Sentiasa bertaubat dan tidak berputus asa.
  9. Kuat bergantung dan bertawakal kepada Allah.
  10. Kasih kepada sesama manusia.
  11. Pemaaf dan berlapang dada.
  12. Pemurah.
  13. Amanah.
  14. Gigih mengajak kepada amar ma'ruf nahi munkar
  15. Mampu melawan dan menundukkan nafsu.
  16. Qiamullail.
  17. Ikhlas beramal.
  18. Berani.(Jihad,menghadapi cabaran)
Subhanallah,bukan senang untuk mengaplikasikan langkah-langkah yang tersenerai.Tak mengapalah sekurang-kurangnya kita mencuba.Jadi ,apa tunggu lagi??Mari sama-sama beramal supaya mampu menjadi insan yang unggul.

No comments: