Salam kepada sahabatku...
Nukilan ini dicoret khas buat rakan-rakan Caliph 14. Ana di sini, ingin menyeru kepada semua warga C14 khasnya, dan kepada semua pembaca umumnya, agar kita mula menyemai kesedaran dan meniup semangat perjuangan untuk ISLAM. Baru-baru ini, secara terang-terangan telah berlaku beberapa peristiwa yang telah menjadi peringatan buat ana, agar menjadi lebih dedikasi dalam meperjuangkan ISLAM.
Biarlah antum di mana pun, berjuanglah dalam wasilah masing-masing. Walaupun ana tak layak untuk menulis tentang perkara ini, tapi peristiwa berlaku memaksa ana menulis seruan ini. Tak sampai seminggu lepas, ahli keluarga kepada rakan ana disembur oleh FRU kerana membaca Yasin di dalam masjid ketika konflik politik yang berlaku di Perak. Innalillah, tapi inilah hakikat. Muslim menjadi penentang Muslim. Tak sampai sebulan lepas, ahli Geologi Rusia mendapati terdapat bunyi seperti ngauman binatang raksaksa dari bawah mantel; ulama' berpendapat itu bunyi Dajal. Tak sampai dua minggu lepas, Islam telah mula bersuara apabila Presiden Turki Erdogan menempelak Peres lalu keluar dengan marah dari forum ekonomi antarabangsa. Tak sampai sehari lepas, ada dah rakan yang dah mula 'langkah' baru, bukan ke taman syurga, tapi ke lubang neraka. Na'uzubillah. Tak sampai seminggu lepas, saintis nuklear Pakistan menjadi senarai 'bunuh' Mossad.
Bila difikir balik, memang umat Islam ramai. Konflik Gaza, demonstrasi tak payah kira banyaknya, tapi pemimpin Arab macam adik beradik dengan Israel. Mungkin disebabkan itulah rakyat Arab mengatakan pemimpin mereka lagi patut mati daripada Israel. Di Malaysia, tak payah cerita, sudah terang lagi bersuluh, pemimpin Islam dari sesetengah parti bertindak menjadi wakil suara masyarakat majmuk menentang Islam. Kerajaan sekarang memang 'hebat'. Amat 'hebat'.
Apa tindakan kita? Mari, tanamkan cita-cita, agar kita mati dalam usaha menegakkan Islam. Tanamkan cita-cita, agar kita memilih kerjaya yang membantu menegakkan Islam. Pilih apa saja. Guru, akauntan, physicist, ahli ekonomi, tentera. Dan pastikan niat kita adalah untuk Islam. Ana menulis benda ini, kerana melihat Islam semakin malap, terutama dalam diri ana. Moga tulisan ini, ikhtiar ana mendapat redha Allah. Warga C14, antum semua pemuda dan pemudi, yang lelakinya masih berdarah panas, otak masih menggelegak dengan idea baru, hati masih lagi terbakar dengan semangat, sudah tiba masa untuk kita benar-benar menegakkan Islam dalam hati, bukan hanya pada nama. Yang wanitanya, jagalah diri antunna, itu yang diharapkan. Libatkan diri dalam perjuangan, jadi rama-rama yang mahal. Dan masa depan antunna, sokonglah suami antunna untuk memperjuangkan Islam, galaslah tugas mendidik generasi. Usaha ini memerlukan ramai, bukan seorang. Ia tugas semua orang. Mafhum hadith, sesiapa yang mengucapkan la'ilaha illallah maka dia adalah pendakwah. Seru ke jalan Allah. There are no such notions that hanya orang tertentu layak untuk berdakwah. Itu kata-kata biasa, kita ikut Nabi. Itu hanya alasan mereka yang ingin lari, escapism.
Buat semua pembaca, imbau kembali sejarah gemilang kita, Salahuddin, Muhammad AL Fateh, Hasan Al Banna, Ahmad Yassin. Kalau kita tak boleh jadi pendukung, jadilah penyokong. Muhammad Al Fateh umur 21 tahun menjadi pembuka Konstantinopel. Mereka semua merupakan pemuda. Pemuda dari Kedah, yang syahid di Afghanistan, ketika mana Jeneral Pakistan berjaya membuka sempadan, dan menyeru umat Islam dari seluruh dunia agar datang membantu, ketika mana Afghanistan berdepan dengan Rusia, dia begitu bersemangat untuk pergi. Saban hari dia bekerja dan mengumpul hampir RM 10,00 bersam rakan-rakannya, hanya untuk syahid di sana. Masya Allah. Dan Rusia mengalami kejatuhan amat memalukan, Soviet? Hilang dalam debu. Allah bersama mereka yang yakin kepadaNya.
Hasan Al Banna pernah berkata "Berilah aku 300 katibah, yang mana dadanya sarat dengan pengetahuan, jiwanya berkilauan dengan cahaya ruhiyah, dan jasadnya terlatih, maka kamu ajaklah aku menerobos tujuh lapisan angkasa, menembusi bumi, tujuh petala langit dan menghancurkan kepala penjajah, pasti aku sanggup!".
Oleh itu pembaca semua, yang ana yakin lebih separuh merupakan golongan pemuda, mula tanamkan azam sekarang, untuk lihat Islam tertegak. Kurangilah hiburan-hiburan yang melebih-lebih, hindarilah dan tentang habis-habisan maksiat, dalam diri dan dalam kalangan antum sendiri. Itu lebih utama. Kemudian, libatkan diri dengan jemaah. Cita-cita, dan kerjaya pastikan ianya untuk Islam. Sama-sama untuk Islam.
Hayati video ini....Tanamkan azam dan tekad. Lihat sekeliling, Islam perlukan pemuda seperti dia. Cerita benar, dianimasikan.
4 comments:
salam.
" Tak sampai sebulan lepas, ahli Geologi Rusia mendapati terdapat bunyi seperti ngauman binatang raksaksa dari bawah mantel; ulama' berpendapat itu bunyi Dajal. "
erm2..kan kurang kepastiannya sms berangkai ini...?
[fakta] bukankah bawah mantel itu tempatnya ya'juj ma'juj?
nope. ya'juj ma'juj live on the crust. zulkarnain had made a wall, hard wall for them. there's no way for zulkarnain to enter the mantle. so, ya'juj ma'juj on the crust. dajal we do not know now.
hadith dajal di sebuah pulau?
a long time ago...
Post a Comment