Salam. Inilah hanyalah perkongsian, sepanjang Karim di DQ dan di rumah, Alhamdulillah, banyak yang Karim belajar, dengan izin Allah. Karim juga dihinggapi pertanyaan, persoalan, mahupun tuduhan 'bijak dan intelek', jadi Karim belajar dan cuba untuk menjawab seizin dengan ilmu yang Allah benarkan di hati Karim ini.
Ilmu Al-Quran
Ada yang pernah bertanya secara makrifatnya oleh Karim, apa beza ilmu Al-Quran dengan ilmu Dunia? Kedua-dua ilmu Allah. Apa kaitan tempatnya dengan kemuliaan yang terdapat padanya?
Bismillah.
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai ahli daripada kalangan manusia". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah ahli AL-QURAN iaitu ahli Allah dan golongan pilihan-Nya"
(Riwayat Ibn Majah). Taraf hadith, Hadith Shahih
Tafsir; ahli Al-Quran dimaksudkan dengan golongan yang menghafal Quran, membaca dan beramal dengannya.
Itu jawapan dia. Karim menjawab bukan pada dasar logikal, tapi lebih kepada dalil Naqli, dalil yang Karim tak tafsir sendiri, ambil dari keterangan yang tak ditafsir sendiri, menolak erti Kufur. Karim sendiri tak tahu macam mana soalan ini boleh timbul, seolah-olah macam hati dah tak nampak, yang jelas. Hanya Allah yang tahu, masya Allah.
Jadi, memang terang dan nyata, memang ilmu Al-Quran lagi mulia daripada ilmu sains. Sains? Karim sendiri minat sains, tapi kedudukan Al-Quran masih nombor satu. Dalam Al-Quran merujuk Nur yang diturunkan kepada manusia, kekadang merujuk kepada Nabi, kekadang merujuk kepada Kitab Allah.
Mungkin yang mempersoalkan soalan ini masih tak sedar, bahwa dia membandingkan KITAB ALLAH, Kata-kata Allah, Yang Maha Besar, dengan ilmu lain. Mungkin tak nampak perbezaan antara Kata-Kata Allah dan Ilmu Allah. Kedua-duanya ilmu Allah, tapi mungkin kesombongan menyebabkan dia TERLUPA kaedah Al-Quran diturunkan dan juga sains yang SEBAHAGIANNYA terdapat dalam Al-Quran manakala yang lain dikurniakan melalui ilham.
Mungkin sesetengah terlupa, maklum, Insan kan. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril yang menjadi guru Nabi, Al-Quran dibaca dengan Tahqiq, iaitu cara bacaan yang amat perlahan dan hati-hati, sebagai tanda memuliakannya.
Macam dalam ISK(Ini Sejarah Kita), yang isi-isinya disari dari Quran, sains, is good for us. Cuba kita lihat zaman Abbasiyah(correct me if I'm wrong), sains hebat pada masa itu, tapi mereka terlupa mengamalkan isi Al-Quran, iaitu berdakwah, sampai lihat apa yang jadi. (Factual, bukan tafsiran Karim).
Jadi, para pembaca, tafsir sendiri mana yang lebih mulia.
Tempat
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari.
Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim".
(Al A'raaf, 4-5)
Bagi Karim, Ya, tempat memang memainkan peranan. Kita lihat ayat ini, Allah menurunkan bala pada umat yang zalim. Walau dalam tempat itu terdapat orang yang alim. Contoh, Tsunami. (Ini tafsiran ulama', bukan Karim). Di Indonesia, kita tahu, da'wah mereka jauh lebih hebat berbanding mereka. Dalam golongan haraki, mahupun salafi, kedua-dua mengakui Indonesia lagi hebat. Namun, apa jadi? Segalanya berbalik kepada ketentuan Allah.
Kita lihat pula, dalam soalan tersebut, secara ma'rifatnya Karim diminta buat perbandingan, oleh penyoal.
Daripada Uthman bin Affan r.a, Nabi SAW bersabda: " Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya."
(Riwayat Bukhari) Taraf Hadith, Shahih/
Di sini, kita buat perbandingan. Berdasarkan ayat Quran di atas, tempat manakah yang lebih dimuliakan Allah, yang secara langsung lebih mulia? Di sini, Karim bawa contoh tempat yang Karim sedang menuntut, dan universiti lain. Di Darul Quran, sebagai CONTOH, kerana Karim lebih tahu tentang tempat ini, begitu juga dengan penyoal. Darul Quran, di mana pelajar jurusan sains dan agama menghafal Al-Quran. Di mana masjid hanya kosong ketika selepas asar, pada waktu lain, malahan pagi, sentiasa diisi dengan hamba Allah. Tempat di mana, pelajar sains mengaitkan Al-Quran dengan sains, pelajar agama mencari arus perubahan moden untuk mengubah masyarakat. Tempat di mana, amat sukar untuk melihat kezaliman dan kemaksiatan dizahirkan, walau pada hakikatnya ada. Tempat di mana Hamba Allah yang pernah berdosa, ingin kembali ke jalan Allah.
Atau, tempat di mana maksiat berleluasa. Tempat di mana Islam hanya pada nama walau usaha. Tempat di mana aurat didedahkan, artis lebih diagungkan, muzik Lebih banyak dimainkan, solat kurang dijalankan, Islam kurang diizzahkan.
Anda pilih. Ahli Allah terdapat lebih banyak di mana, dan kezaliman lebih terdedah di mana, dan manakah yang lebih dimuliakan Allah. Dan jika tempat itu lebih dimuliakan, adakah di sisi manusia ada tempat lebih mulia dari yang dibandingkan? Fikir dan zikir.
Untuk episod seterusnya, Karim akan hurai tentang wanita bertudung labuh, kemewahan, serta apa-apalah yang ingin penyoal mahu. Karim hanya ingin berkongsi jawapan, dan juga memuliakan mereka yang mahu lebih pemahaman. Syaratnya, hilangkan sombong di hati.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;
Al A'raaf, 11-16
Di sini, dapat dilihat, kesombongan dapat mengenepikan kebenaran, walau di hadapan Tuhan. Kadang-kadang, kerana kesombongan dalam diri, manusia sanggup mengabaikan sesuatu yang sudah diketahuinya, personal reason. Manusisa sanggup menjijikkan yang Haq, walau sudah diketahui hakikatnya. Tujuan post ini hanya untuk menyedarkan dan menjawab persoalan, soal sampai kepada penyoal hati, mahupun difahami, itu urusan Allah. Allah yang maha berkuasa, makhluq tidak. Wallahu a'lam. Maaf, sambungan seterusnya insya Allah akan disambung, terima kasih. Astaghfirullah, wal hamdulillah.
Salam

No comments:
Post a Comment