Pengumuman Blog Baru!!

Salam.
Pengumuman...

Salah seorang Karim, telah membuat blog. Tapi, beliau akan tetap sumbangkan post nya disini.

www.fitrahkhalifah.blogspot.com

Sila2!

Ragam Dakwah di Pusat Asasi UIA,Nilai

Salam,

Apa Khabar semua?Insya Allah,di kesempatan ''mid-sem break''ni, Karim nak ceritakan sedikit sebanyak mgenai ragam2 dakwah yg berlaku di tempat Karim.Ragam2 yang muncul di tempat Karim ni sedikit sebanyak memberi ruang kpd Karim untuk berfikir dan mengaplikasikan teori2
yang diperolehi sebelum ini.

1)Perebutan untuk ''new recruitment''

Sememangnya,awal-awal minggu lagi telah berlaku perebutan untuk mengambil student2
baru supaya menjadi sebahagian daripada mereka.Sebagai contoh,''Kelab pembaris'',menjemput
student2 baru untuk dtg ke surau untuk mendengar pengalaman abang2 senior mengenai
''campus life'',tetapi pada penghujung prog. mereka mengedar borang2 untuk menjadi sebahagian daripada mereka.Student2 baru ni, menjadi tak keruan dibuatnye.Mereka sendiri keliru.

Terdapat juga yang menjadikan persatuan anak negeri sbg. platform mereka.Iklan-iklan yang ditampal di pintu bilik menarik perhatian student baru dengan menjanjikan kelebihan2 yang akan mereka perolehi apabila menjadi sebahagian drpd mereka.

Tak kurang juga bagi ''kelab pemadam'' yang datang ziarah dari bilik-ke-bilik(bukan dari rumah-ke-rumah tau..hehe) untuk duduk memberi tazkirah dan sebagainya.Ada suatu petang,
masa tu,Karim tengah bersiap2 untuk mandi tp kelab ni,dtg ke bilik dan beri sedikit tazkirah.Abes je tazkirah mereka ajakla Karim dan rakan2 sebilik untuk dtg ke surau mlm tu sbb ade ceramah khas.yang lucunye,disebabkan ade 3 rakan Karim ni yang da bersiap untuk solat maghrib,abg tu bole ckp lagi;

''haa..yg 3 orang ni bole terus pg surau ye..
mad..ko tolong bw bdak2 ni g surau..''

haha..pasrah je derang pegi..tapi denga cite berbaloi gak derang g sbb dpt nasi beriani kot.hehe

2) Ragam ''Kelab/Persatuan''
Ada juga kelab/persatuan yang mengaku dia shj yang betul.ada sorang hamba Allah ni,die asalnye berade bersame ''kelab cangkul'',tetapi die merasakan bhw ''kelab penukul'' lebih bagus daripada kelab yang dia ikut sekarang.Jadi,dia mintaklah izin chief die utk tukar kelab.
Maka berlakulah perbualan antara mereka berdue:

Abid(bukan nama sebenar): Bang,sy rs sy nak tukar ke kelab penukullah bang.
Abang:Aik..nape plak?

Abid:Saya dpt rskan cara mereka lebih berkesanlah daripada apa yang kita
buat sekarang.Mereka ade wat Halaqah.Kita punya sekadar @##&(dirahsiakan)
Abang:eh..mane boleh macam tu..

Abid:Tapi bang,klo saye msuk sane pon,matlamat kite tetap same bang,
care je berbeze.

(suasana senyap seketika)

Abang:Betul kamu nak tukar?
Abid:Betul bang.

Abang:Baiklah,klo itu pilihan kamu..
Kite tgk kat akhirat nanti...
Abid:(terkesima)

3
)Daie yang kurang bijak langkahnye

Sebelum Karim menceritakan hal ini,eloklah kita mengetahui bahawa setiap kesilapan yang dilakukan oleh orang lain mampu memberi pengajaran kepada diri kita sendiri.Kita bukan nak mencari di mana kesalahan seseorang tetapi kesilapan2 yang timbul di sekeliling kita itu mampu
mematangkan diri kita sendiri.Insya Allah.

Dalam kesibukan2 studi,rata-rata rakan sebilik dan sekelas Karim telah mengikuti liqo'.Liqo' yang mereka ikuti ini adalah liqo' Al-quran,di mana dalam liqo' ini mereka akan bertilawah dan bertadabbur mengenai sesuatu surah/ayat.

Apabila mendengar masing-masing sudah mengikuti liqo',Karim hanya tersenyum kerana mengetahui lama-kelamaan ianya akan menjadi sebuah halaqah.

Setelah sebulan,apa yang terjadi kepada rakan sebilik Karim ialah abang yang membawa liqo' mereka terus menukar status liqo' AQ kepada Halaqah.Lebih memeritkan mereka, mereka terus dipertanggungjawabkan supaya mengikuti segala mutabaah amal yang diputuskan,dan mereka juga sudah menerima task masing-masing yang akan dibentangkan pada pertemuan seterusnya.Kenapa Karim mengatakan bahawa ini semua memeritkan mereka?
Sebab,mereka datang mengadu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.Tak kurang juga yang tidak dapat tahan rembesan air matanya.Mereka merasakan mereka tertipu.

Wahai Daie2 sekalian,

Proses Ta'aruf mengambil masa yang sangat lama.Bukan mudah untuk memenangi hati2 manusia yang mempunyai pelbagai karenah.Bersabarlah ketika berada di atas landasan ini.
Tiada apa yang mahu dikejarkan.Asal perkara tersebut berjalan itu sudah mencukupi.Istiqomah adalah sebaik-baik amalan(peringatan untuk diri sendiri juga)..

Mungkin bagi pemuda/i zaman sekarang, mereka lebih suke enjoy daripada bagi borang dan ajak duduk dalam bulatan.Kenapa tidak kita ikut terjun dalam dunia mereka sebentar?Walaubagaimanapun,kita masih lagi punyai 'stand' kita.

Tahu.Faham.Jaga. Stand itu.

Hematku.Wallahua'lam.