God of 'Gods'.

Salam.

It's been a while. Firstly, we, Karim are very sorry. For letting this blog untouched. We have been very busy lately. For one of us is to fly an aeroplane soon, one is occupied by his A-Level at KYUEM, one is boosting his momentum at CFS, one is preparing himself for an Exam at DQ, one is playing with his architectural tools at UiTM while me, I'm typing. Hehe.

------------------------------------------------------------------------------------

Teringat kisah lama, tentang tuhan kita, Allah. Dahulu, pernah ada seorang bertanyakan pada Karim. "Kenapa kita tak boleh pejam mata bila solat?". Karim tak tahu, ajak sama-sama pergi jumpa ustaz. Masa itu kecil lagi. Comel-comel je. Tanya ustaz. Ustaz kata bukan tak boleh, cuma tak digalakkan dalam Mazhab Syafie. Tapi kalau dalam mazhab lain, ustaz itu kata tak boleh. Kami tanya kenapa. Ustaz cakap "Kerana bila pejam mata, mungkin lebih mudah untuk kita nak cuba-cuba bayang rupa Allah macam mana. Itu bahaya. 'Aqal manusia tak tercapai". Kami tanya lagi, "Macam mana rupa Allah?". Ustaz jawab "Kita tak boleh fikir perkara itu, akal kita tidak dicipta untuk itu. Laisa kamithlihi syai'a. Tidak ada yang sama dengannya". Pesanan itu dipahat dalam dada.


Lama kemudian, Karim membesar. Ada pula yang mempersoalkan, "Kenapa kita, Muslim tak boleh lihat Tuhan kita, sedangkan penganut lain boleh tengok tuhan mereka?". Iya lah. Kristian boleh tengok Jesus Tuhan mereka, Habakkuk malaikat mereka. Hindu boleh tengok dewa-dewa mereka. Buddha boleh puja nenek-moyang mereka. Knights Templars boleh lihat Baphomet mereka. Jadi, kenapa kita tak boleh? Sedangkan Tuhan kita yang paling hebat, berkuasa dan Esa. Jadi, kalau hendak dibandingkan haruslah Tuhan kita paling hebat rupanya.

Hebat tak hebat, itu taraf manusia. Jawapannya sudah ramai yang tahu. Allah, Tuhan kita tak terikat dengan mana-mana undang-undang yang diciptanya. Dia Berdiri Sendiri, Tidak Memerlukan Sesiapa. Dia tak perlukan kita, tapi kita perlukan Dia. Habis, undang-undang apa ini? Senang. Undang-undang Allah ada dua bahagian. Syariatullah dan Sunnatullah. Allah tak terikat dengan kedua-duanya. Sunnatullah kebanyakannya meliputi sains. Ya, sains. Ada apa dengan sains? Apa kaitannya dengan kita melihat Tuhan? Apabila kita melihat Tuhan, bermakna secara automatiknya Tuhan terpaksa merendahkan martabatnya untuk mengikut undang-undang yang dicipta untuk hambanya. Undang-undang cahaya. Jikalau dia dilihat, secara automatiknya dia patuh pada undang-undang cahaya. Dilihat, bermakna berlaku pantulan cahaya. Dan sebagainya. Allah adalah Tuhan, dia di luar batasan ruang dan waktu. Di luar segalanya yang boleh digapai oleh akal manusia. Dialah Tuhan yang menciptakannya. Lihat sahaja bagaimana Dia menciptakan malaikat. Malaikat dicipta daripada cahaya. Mudah, kita tidak dapat melihat malaikat kerana ia tidak terikat dengan peraturan cahaya dunia. Allah berkuasa memilih peraturan mana yang Dia mahukan pada hamba-hambanya. Malaikat daripada cahaya, pure light. Kita tidak dapat malaikat, kerana untuk melihat cahaya mestilah dipantulkan ke dalam mata kita. Cahaya malaikat, tidak tertakluk pada perlunya bergerak lurus, perlunya pemantulan dan pembiasan. Itu kuasa Allah. Dia tak tertakluk pada mana-mana undang-undang.


Yang kedua, baru-baru ini Karim sedar. Bahawa ada Hikmah Allah menetapkan agar umat Islam tidak memberi wajah atau rupa pada Allah, malah dilarang keras sekali untuk membayangkannya. Mengapa? Mudah sahaja, ketaatan. Bagi Karim, ketaatan. Karim suka untuk menyatakan definisi ketakutan yang digariskan oleh Medivh. Magus Medivh. Beliau mengatakan manusia takut kepada apa yang mereka tak tahu. Mereka hanya tahu sifat namun selebihnya mereka tak tahu. Itulah yang menambahkan ketakutan. Ketakutan kita pada Tuhan berbeza dengan ketakutan kita pada makhluk. Jika kita takut pada Tuhan, kita makin dekat pada Tuhan. Jika makhluk, ia akan terjadi sebaliknya.

Karim bawakan beberapa contoh, yang manusia sebenarnya memang dicipta untuk tidak tahu bagaimana rupa tuhan, justeru, ramai yang mengambil idea daripada persekitaran mereka untuk me'wajah'kan tuhan mereka. Kristian, ia merupakan ajaran Paul. Kita lihat bilamana Paul berdakwah pada orang Rom tentang agama baru yang dibawanya, Paul ditanya satu soalan. "Tuan, bagaimanakah rupa Tuhan kami?". Paul memandang sekeliling dan beliau melihat dalam sebuah gambar, seorang dewa yang berada di atas sekali, atas daripada dewa-dewa lain. Zeus. Terus Paul menerangkan Jesus selari dengan ciri-ciri Zeus. Siapa yang pernah main DoTA, tahu rupa lebih-kurang Zeus macam mana. Tujuannya, agar lebih mudah menundukkan mereka dengan berwajahkan bekas Tuhan mereka. Hindu, di mana kita lihat gajah dan monyet menjadi idola. Di mana kita lihat, Tuhan mereka lebih kurang macam mereka. Buddha, suatu fahaman yang tidak mempercayai Tuhan namun menyembah semangat nenek moyang mereka. Kerna melekatnya salah satu ajaran Confucius
iaitu menghormati ibu bapa. Lihat, Tuhan mereka lebih kurang macam mereka. Namun, kajian teologi menyatakan mereka yang tahu rupa Tuhan mereka kurang takut dan taat berbanding mereka yang tidak tahu rupa tuhan mereka. Wah, kajian menyebelahi kita. Haha. Memang sudah lumrah, kita akan kurang takut dengan sesuatu yang sudah kita tahu secara terperinci. Macam hantu sebagai contoh, bagi mereka yang tak tahu pasti akan cabut seratus meter. Bagi mereka yang sudah tahu, hanya tersenyum. Itu contoh mudah.


Oleh itu, Karim ingin menyeru marilah kita mengabdikan diri kepada Allah dengan sepenuhnya. Mati datang bila-bila masa. Takkan ada orang nak datang berjumpa pencipta dia dalam keadaan dia sedang berdosa; berzina, couple, rokok, mengumpat, dsb. Moga dengan peringatan ini, Karim dan pembaca akan sentiasa ingat hakikat hidup ini. For He is The King of kings. God of 'gods'.



Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.

Al-Israa' 97

Buat muhasabah...Salam