Calon SPM, Selamat Berjaya!

Salam.
Edisi Khas.Kami,KARIM mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM '09.

Semoga setiap dari kalian dirahmati Allah,diberkati usaha serta dipermudahkan urusan. Moga setiap derapan tapak kaki kalian menuntut ilmu diiringi oleh debu-debu rahmah Ar-Rahim. Moga setiap helaan nafas kalian dihembus kibasan sayap malaikat yang menaungi kalian. Moga setiap jerih pahit kalian belajar di jalan Allah dibayar dengan manisnya sungai-sungai di syurga. Moga setiap tangis kalian di malam hari didengari penduduk langit yqng mendoakan keampunan buat kalian. Moga Al-Malik,pemilik kerajaan alam ini,Yang memuliakan dan menghinakan,mengangkat darjat kalian yang belajar di jalanNya. Amin ya rabbal 'alamin..

Sudah ramai yang diajar oleh Tuhan,kerana yakin dengan usaha sendiri.Yakin dengan PUI.Yakin dengan soalan ramalan.Yakin denagn tuisyen.Yakin dengan kecerdikan.Yakin dengan qiamullail.Yakin dengan puasa.Yakin dengan segala-galanya! Namun lupa untuk yakin pada Pemilik mutlak kejayaan dan kegagalan. Karim berpesan agar jangan kalian yakin selain pada Allah. Cukuplah kesilapan-kesilapan pejuang-pejuang silam. Sudah cukup kemas dinukilkan pada sirah umat Islam. Di mana Perang Badr,Khaibar,Khandak, umat Islam menang kerana yakin pada Allah. Malah perang Mu'tah,betapa 3000 muslim berjaya mengalahkan 200,000 kuffar. Di mana umat Islam pada mulanya ingin berpatah balik,namun Abdullah bin Rawahah menyeru "Adakah kalian meletakkan kemenangan itu pada ramainya meraka?Adakah kalian memutuskan sebelum datangnya keputusan Allah? Di manakah yakin kalian pada Al-Fath?" Akhirnya mereka menang. Namun sebaliknya terjadi di perang Hunain, di nmana 12000 muslim berperang dengan kuffar seramai 10000. Pada waktu itu,umat Islam yakin mereka menang,bukan yakin pada Allah,namun kerana bilangan mereka lebih ramai. Pada hemat mereka,mereka menang. Namun,Allah menentukan sebaliknya buat mereka. Kekalahan yang tercatat di dalam Al-Quran.Justeru,Karim ingin menyeru,gantunglah tali pergantungan kalian pada Allah. Kerana Dialah yang akan memutuskan segala-galanya. Karim juga mendoakan agar kalian dapat buat yang terbaik. Islam memerlukan remaja-remaja yang berkualiti. Remaja yang dadanya dipenuhi ilmu,hatinya dilimpahi cahaya ruhiyah,mindanya diisi fikrah sempurna Islam. Kita tak perlu risau sama ada Islam naik atau tidak, Islam tetap akan kembali dijulang, itu janji Allah. Namun, adakah kita termasuk di dalam mereka yang menaikkan nama Islam atau sebaliknya? Buat yang terbaik dan manfaatkan sebaiknya! Bittaufiq wan najah.

No comments: