Hye korang!

Ok.sorry.itu gedik.

Slm,

Ok.Karim tahu yang Karim patut tukar word “korang” kepada maybe kamu/awak/u etc sebab korang itu merujuk kepada kalian semua.Dan tak sepatutnya Karim merujuk kepada semua sebab ada ke orang yang sudi baca blog ini lagi? :( yang Karim tahu asif,abang pilot jengoklah juga blog ini.yang lain?

Hehe.No big deal people.

Ada orang baca ke,tak ada orang baca ke,itu tidak menjadi sebarang masalah.Sebab Allah tak tengok hasil,Allah tengok usaha kita.
Tengok sahaja sirah para anbia’,ramai sahaja nabi-nabi yang tidak mempunyai kudrat untuk memberi hidayah kepada umatnya.Apa yang mereka mampu ialah berdakwah dan terus berdakwah untuk menegakkan islam.Sebab yang membuka pintu hati seseorang untuk menerima ajaran Islam hanyalah Allah.

Dan harus diingat,setiap antara kita adalah Daie.(Pendakwah.orang yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran)

“Eh,bila masa pulak aku nak jadi pendakwah pulak ni,ish xbersedia lagilah!Diri aku sendiri pun tak betul,apalagi nak bimbing orang lain.’’

Kepada yang berkenaan,sabar dulu.Karim tahu sesetengah orang memang kurang senang dengan status tersebut,tapi nak tak nak kita tetap kene terima juga.Rasionalnya sebab apa Karim katakan setiap orang diantara kita adalah Daie ialah sebab kita ini muslim.Orang luar(non-muslim especially) tengok kita sebagai muslim.Perlakuan,pakaian,akhlak,studi,pemikiran,sukan dll semua dilihat dari aspek Islam.Kalau mereka tengok perangai muslim ini lebih kurang mereka sahaja.Macam mana diorang nak tertarik dengan islam?

Analoginya,contohlah korang bila dah besar nanti korang tiba-tiba gatai nak bukak bisnes.Bisnes baju.Sedangkan degree/diploma korang takde kaitan langsung pun dengan bisnes(takpe,yang penting halal. :D).
Tapi korang punye design baju sangatlah buruk,out-dated,typical and not attractive at all.Jadi,macam mana korang nak tarik pelanggan sedangkan design yang korang keluarkan pun same sahaja macam yang yang lain.kan?

Islam sudah sememangnya cantik.Jadi,orang yang memakai pakaian islam itu lagilah cantik.Seriouslly.Perempuan-perempuan(muslimah) yang menutup aurahnya dengan betul sangatlah sejuk hati berbanding orang yang terbukak sana dan sini.

Korang ingat lagi tak analogi ustadz isharuddin(guru sejarah sekolahku) mengenai perbezaan berlian yang disimpan didalam kotak dengan berlian yang disimpan tanpa dibalut dengan apa-apa walau secarik kain.Selepas 10 tahun,yang mana satu berlian yang menjadi pilihan korang?mestilah yang disimpan molekkan?yang lagi satu mesti dah calar-calar ke,banyak orang dah pegang ke dll.

Jadi Daie ni tak semestinya kita kene bagi ceramah POM PAM POM PAM! Dia lebih kepada menjadi diri sendiri.Kita promote islam dengan apa yang kita ada.

Kita hebat main music instruments?silekan.

Kita hebat main futsal je?silekan.

Kita tahu bergaye/melaram je?Silakan.

Kita hebat fizik/chem/maths/stats je?xpe silakan.

Kita pandai menulis?Silakan.

Kita pandai melawak? Silakan.

Kita tahu buat video yang gempak-gempak.?Silakan.

Kita tahu nak main ragbi je petang-petang?Silakan.

Dan apa jua benda yang kita tahulah.Silakan saudaraku.Tak semua orang mampu buat,apa yang kita mampu buat.Jadi,sebab itulah kita kene bersatu.Siapa lagi yang nak bangunkan balik islam kalau bukan Kita!Jangan risau.Sumbang apa yang kita mampu sumbang kepada islam.Janji mesej yang kita nak sampaikan haruslah bertepatan dengan syariat islam.

Salah satu prinsip Karim ialah “apa yang ada jelah’’.Kita bagi apa yang kita ada/mampu kepada islam.Jangan buat apa yang kita tak mampu.

Ingat Allah tak tengok hasil.Allah tengok usaha.

Show us what you’ve got!

Senyum.Barakallahufiikum.

p/s:Karim nak toyota camry.please.

4 comments:

Nur Jannah said...

lama tak update ye. ada je orang baca :)

Teringat dulu first punya post kat blog pun, wondering if anybody will read my writing. Tp tulah, org baca ke tak, best ke tak, itu kes lain.

Yang penting, tulis. Sebab aim kita untuk menyampaikan.

Karim V said...

btol tu jannah.

support our local writing.
(cehh,xmemasal)

terima kasih banyak2. :)

ana said...

salam. dah lama rasanya ana tak jenguk blogspot ni. dan dah lama menyepi dari ruang tenet ni. bila terbaca post ni, ingin ana berkongsi sesuatu..

emm tak la berkongsi ape. tapi, lebih kurg mcm tu la.

mungkin dah ramai pergi ke program shahadatul haq. ana terusik sangat bila si penceramah tu ckp, jgn rasa diri tak layak nak bdakwah. yela, dialog org skrg ni, 'ana tak layak la...tak layak buat tu, buat ni..dan lain2 sbb ana x layak'.

ketahuilah, ia adalah perkara wajib ke atas muslim. menyampaikan shahadatul haq.

kalau nak kata kita x layak,
renung balik kisah khalifah umar alkhattab. dimana pada zaman jahiliyyah beliau, beliau pernah membunuh anak sendiri, mnyembah berhala dan sbgnya. akan tetapi, Allah memilih beliau dlm meneruskan perjuangan nabi.. kalau nak kata kita xlayak sbb kita jahat,sejahat itukah kite. fikir2 kan lah.

Karim V said...

wslm ana.
apa yg ana ckp tu betul sangat.

Dakwah dengan apa yang kita ada/kuat.
bila dah stabil barulah fikirkan langkah2 yang sterusnya.

rasa xlayak utk bdakwah yang ada dlm diri sbenanya mainan syaitan.

sampai bile kt nak mula?
kita xkan ada spesifik masa utk berada ddlam keadaan betul2 bersedia.
sbb lg tinggi kita belajar sesuatu ilmu tu,lg tinggi rase kejahilan membuah dlm diri.

terima kasih kongsi.