Iman aku menurun lagi.

Salam,

Sekarang tepat pukul 2.55 pagi,dan aku masih belum tidur lagi.aku just nak share apa yang sedang bermain dalam fikiranku sekarang.

Sebenarnya,aku baru je lepas tengok satu movie,satu dokumentari,dan satu short video.Selalunya,kalau tengok movie aku mesti betulkan niat aku dulu since kadang-kadang niat aku melencong.LOLS(aku pun manusia bhai.haha)

Macam biasela weyh,kalo dah tengok cite omputih apa yang tak keluar?apa yang tak terhide?apa yang dorang nak sampaikan sebenarnya?Lady in red?Free sex?suami yang dah ada isteri still ada affair dengan perempuan lain.lagi-lagi perempuan tu dah berkeluarga. And you know what I mean right?

Dah habis cerita tu,aku review la sikit-sikit cerita apa lagi yang aku tak tengok.Tiba-tiba aku nampak satu ada satu folder dokumentari yang dah agak lama aku tak tengok.Dokumentari tu cerita pasal dunia akhir zaman.

“la tu pun ko nak btau ke?takkan ko tak tau pasal illuminati,freemanson,zionis,pakatan iran?LOSERR LA kauu!’’

Sabarlah dulu.ko ni pun.Bagi aku,aku suka tengok benda yang dapat isi hati aku.Entahlah,aku tak tahu nak explain macam mana lagi.Mungkin korang pun pernah rasa.

Analoginya,macam petang-petang korang pergi main bola/ragbi or wtv yang dapat kotorkan or lumpurkan badan(baju actually ;p) korang.Lepas tu korang balik mandi dan solat maghrib dalam keadaan yang tenang.Lagi-lagi kalau ada aircond.waahh.Tapi serious lah wey,bila kita exercise petang-petang, kita akan rasa lagi bertenaga kot,mood kau pun tak mudah swing(unless kalau kau nampak adik kau maghrib-maghrib masih lagi tengok Mr.Bean kat Disney Channel ditambah pulak bila adik kau menukarkan audio cerita bijak itu ke dalam Bahasa Malaysia.Tak tahulah pulak aku kalau mood kau tak swing :P)

Ok.kena tak analogi aku ni. -_-

Ala,aku nak cakap benda tu heavenlaa.

Bila tengok dokumentari tu banyak benda yang bermain dalam fikiran aku. Apa sebenanya tanggungjawab aku?ya,mungkin aku,korang ,semua orang tau apa tujuan hidup kita.Tapi apa yang kita dah buat?

WE DO NOTHING,MY DEAR!

Akulah terutamanya,entah apa yang aku kejarkan pun aku tak tau.aku tau cerita Kitaran Bodoh,tapi bila fikir-fikir balik,Kenapa aku macam menuju kearah tu?

Tadika,rendah,menengah,preparation/matrik/foundation/,degree/kerje,kawen,anak,tue,pencen,mati,kubur,syuga/neraka.haa setttel masalah!

Macam tu je masa berlalu.Nauzubillah.minta Allah jauhkan kita daripada benda tu.Amin

Lepas tu, aku tengok short video.Video tentang palestin.Video ni dah banyak kali aku tengok terutamanya zaman sekolah dulu.Aku rasa korang pun tau video tu.Ala,video yang ada scene budak menangis sambil berteriak and luahkan “ABI,AINA ANTA YA ABI!?’’and ada lah scene tentera zionis,pukul,rampas harta orang palestin,pukul perempuan,pukul orang tua,pukul budak kecik yang kalau datang Malaysia konfem orang cakap comel.

Celaka siaal!

Video ni memang buat aku menangis tengah-tengah malam ni.sedih dooh,sedara kita kat sana kena seksa.sedara kita tu wey.Ko bayangkan mak yang kau sayang kena sepak-sepak-sepak-sepak-sepak terajang dengan askar.(Haiz.nak tulis sepak banyak kali pun aku dah tak sanggup apa lagi melaluinya.).Ada orang pegang kepala adik kau lepas tu pukul-pukul-pukul-pukul sampai dia puas hati!tak puas hati dia hentak-hentak-hentak-hentak kepala adik kau kat dinding.Ala,adik yang kau selalu marah tuu.(xpe,aku tau ko marah sebab ko sayang kan?so keep on marah.haha(jahat gila.sayangila adik anda))

Lagilah bertambah sedih bila tengok derang tabah untuk lalui hari-hari derang.ketabahan derang jelas menunjukkan yang Iman derang sangat tinggi.derang sanggup berjuang menggunakan apa yang derang ada/ mampu.sebab derang yakin dengan syurga Allah.derang nakkan syahid.

KITA??

Haa!kau yang tengah baca entri aku ni kau dah bersedia kalau Allah ambil nyawa kau sekarang?siapa yang dah sedia aku tabiiklah wey!korang memang bagus.

Aku tau aku sendiri tak sedia. Sebab apa kau tau?sebab kita ni berpenyakit beb!

“penyakit apa?’

Al-wahan.cintakan dunia dan takut mati.banyak sangat benda yang kita hajatkan kat dunia ni kan?kan?kan?

Tak salah kalau kau nak pakai Levis jeans,bums fit shirt, and converse shoes.tapi kau kena betulkan balik niat kau nak pakai tu semua untuk apa.

Paling tidak pun cubalah bersyukur apa yang korang dah pakai ni suma atas bantuan Allah.kalau korang bersyukur,Allah akan tambah kan nikmat untuk hambaNya yang bersyukur.

Ianya berhasil.aku dah lalui banyak kali.and I know you too.dont you?

Kawan sekeliling sangat mainkan peranan.Oklah,aku dah mengantuk ni.Insha Allah,next post aku cite pasal kawan pulak.Kawan aku kat AA terutamanya.

Nyte.

p/s: Tiba-tiba aku rindu gila member-member Al-amin.serious.Take care.

5 comments:

Amirah said...

btol2!!! sejibik mcm luahan rase....=.='

Karim V said...

Amirah,sejibik cam luahan rase?maksudnye?

Amirah said...

"entah apa yang aku kejarkan pun aku tak tau.aku tau cerita Kitaran Bodoh,tapi bila fikir-fikir balik,Kenapa aku macam menuju kearah tu?"
situasi yg same dihadapi, selalu jgk terfikir cmtu, hanye Allah yg tau tahap mane iman time tu...
penurunan iman...

Asif said...

I cant sleep this nite either.. huh.sama2 muhabasabah..

A lady said...

Luahan yang terpenyek rasa. Sama-sama kena.

Mungkin boleh selak Al-Furqan ayat belakang2. Eh, apapun kita semua umat akhir zaman memang sangat tercabar... Tapi ada sorg sister ni selalu ingatkn ana, dah buat jahat nanti, cepat2 buka tafsir quran. Rasa malas ke, gi belajar dari surah yusuf ke...

Iman naik turun, kena maintain jangan kasi turun melebih2.