Untuk Kita Semua

Salam..

Senyum sikit.Hehe..

Subhanallah begitu besar nikmat yang ALLAH berikan kpd kita umat
islam.Semoga kita terus menghargai nikmat senyum yang dikurniakan.
senyum itu sedeqah..

Sebenarnya Karim bukan ingin mnyentuh mgenai senyuman.Tetapi ingin mgajak pembaca
semua untuk bermuhasabah sjenak.

As-Sheikh Abdul Majid Az-Zindani ada membawa satu perumpamaan yang amat menarik untuk dikongsi bersama..Cuba kt byangkan...ada seorang lelaki masuk ke dalam kebun yang luas yang bukan miliknya.
Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan,pelbagai jenis makanan dan minuman.Lalu dia pun ''pelahap'' makanan dan minuman tersebut.Selepas itu dia melakukan
kerja di dalam kebun itu,ada pokok yang dicabut dan ada juga yang ditanam.

Kemudian,seorang lelaki lain muncul dan masuk ke dalam kebun itu,dia berkata kpd dirinya

''Aku tidak akan melakukan sesuatu pun di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan
pemilik kebun ini atau wakilnya''

Dia terus mencari orang tersebut.Apabila wakil pemilik kebun itu menemui kedua-dua
lelaki tadi,dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama,tetapi lelaki tersebut
mengendahkan saja teguran tersebut.Dia terus melakukan kerja-kerja tersebut tanpa mendapat kebenaran pemiliknya.Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja berdasarkan arahan yang diberikan.Sekarang siapa yang berhak menerima
upah?

Adakah orang yang masuk ke dalam tanpa kebenaran dan melanggar arahan pemilik yang di bawa oleh wakilnya layak diberikan upah?Adakah dia layak menerima upah walaupun ada kerja baik yang dilakukannya di dalam kebun itu?

Sudah tentu kt akan menjawab bahwa orang yang mengikut segala arahan pemilik kebun itu akan mendapat upah.Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri serta tidak meminta kbenaran pemiliknya tidak layak mnerima upah tersebut walaupun terdapat kerja baik yang dilakukannya.

Begitulah alam ini dan segala isi-nya.Ia adalah milik ALLAH.YA MILIK ALLAH..(Cube korg layan ''Mana Milik Kita'' by Nadamurni.bagus bangat.hehe).Para Rasul-Nya pula adalah utusan
dan wakil ALLAH.Orang yang BERIMAN adalah orang yang melakukan amalan mengikut petunjuk Penciptanya.Orang KAFIR adalah orang yang menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yang sama menentang para Rasul-Nya.

Untuk itu,sudah tentu kita akan bermonolog sendirian bahwa kita adalah orang yang BERIMAN bukannya Kafir.Persoalannya,

Berapa banyakkah AMALAN yang kita lakukan benar-benar ikhlas kerana-Nya?

Adakah kehidupan seharian kita boleh dianggap sbg. IBADAH?

Adakah semakin meningkat usia kita semakin dekat kita dengan ALLAH?

Kita kena fikir mengapa ALLAH panjangkan umur kita sehingga ke hari ini?Mungkin masih ada lagi tanggungjawab yang kita tidak laksanakan lagi.

  • Tanggungjwb sbg. seorang HAMBA
  • Tanggungjwb sbg. seorang ANAK..ABANG..KAKAK..
  • Tanggungjwb sbg. seorang DAI'E
  • Tanggungjwb sbg. seorang PELAJAR
  • ...

..dan banyak lagi tanggungjwb yang tak mampu disenaraikan..Siapa tahu?Hanya anda sendiri mampu memberikan jawapan yang ikhlas untuk menilai diri sendiri.

Jom!Kita cuba ubah diri kita untuk menjadi yang LEBIH BAIK daripada sebelum ini.

Percayalah..masih belum terlambat..Insya Allah..





1 comment:

Asif said...

yup. betul. tapi, ada manusia dia tak pelahap, sebelum masuk kebun dia dah ada alat nak petik buah, allah bagi kelebihan, cuma masih lupa diri. pesanan untuk diri dan semua.