Kisah Kem Kami [Part 2]

Salam. Ini kisah kem kami, kali ini, kemnya adalah kem Uji Cekap!
Dengan bertemakan "Hijrah", kami telusuri program itu, di malam seni yang wajib ada unta di setiap persembahan, ia menjadikan malam itu kepunyaan Nazirul Asri, dan tahun terakhir buat Asri itu juga tahunnya. Mengapa? Pada persembahan Maulidur Rasul, Asri yang menjadi solo ketika nasyid, 'wave' tangan dia. Uish, berani bangat! Haha. Tak apa, kita teruskan dengan pengalaman peribadi penulis.

Uji Cekap
Pengarah Abang Usamah, tukang masak ikan keli Abang Amir Hamzah. Haha.

First Day....

Hari pertama, kami kena travel jauh sikit ke dalam hutan, sampai lambat masa itu, jadi memang dirikan khemah dalam gelap. Karim and the gang kena angkat tong gas. Tong gas, memang berat. Time ada bukit tu, ingat nak golek je tong gas, tapi bila difikirkan kembali, takut meletup. Haha. Jadi kami angkat la. Kumpulan Karim kumpulan paling aman dan terer! (Ceh,perasan). Dah sampai itu, Karim and kawan-kawan diajar buat pagar rohani. Karim belajar dari masa ke semasa, yang pagar rohani ini bukan bergantung kepada ayat apa yang kita baca, ia bergantung kepada Allah, dan keyakinan kita bukan terhadap ayatNya, tapi kepadaNya terus, ayat hanya sebagai alat. Ya, itu lah setahu Karim. Kemudian kami kena pasang khemah, dalam gelap. No problem, alhamdulillah, Allah mudahkan kami guna torchlight, tapi, kesian Hasif, tangan dia terluka. Habis balut macam orang patah tangan, disable terus tangan sebelah. Ingat lagi. Yang kumpulan Salman, ada masalah politik, ahli tak nak dengar cakap dia, kesian pula. Bila teringat balik, memang tergelak. Kesian Salman. Malam itu, kami diberitahu, tanda-tanda wisel berbunyi. Memang best la, bila malam gelap gulita, wisel bunyi, semua serbu nak pergi tempat berkumpul, tali-tali khemah semua kami rempuh. Haha. Nasib baik khemah kumpulan Karim hujung sekali, jauh dari tempat berkumpul. Kalau tak, abih hancur lebur. Time itu, memang macam 'stampede', yang ayah Simba mati sebab stampede macam tulah, cuma ni manusia yang buat(Disney boikot). Haha. Sampai tengah lari-lari itu, ada yang terjatuh. Memang stampede betul. Malam tu, agenda hanya siapkan khemah. Nak dekat tengah malam, kami dah makan semua itu, tiba-tiba, kami diajar ''fall down''..oleh Ustaz yang amat dirindui, Ustaz Fatah. Saya rindu sama dia. Time tu first time buat, memang sakit dada, macam perang la kan. Bab ni, Hasan terer. Korang tanya la pasal apa-apa pasal perang, jet, kereta kebal, senjata, dia bagi tahu. Nak tanya pasal soalan ujian komputer lesen jet pun dia tahu. Haha. Amirul, jadi pilot, nanti ada ujian jalan raya bawa kapal terbang, agak-agak dia lepas tak time parking dengan naik bukit? Haha. OK, Habis!!! Lepas berlatih "fall down", sampai dada nak pecah, kami diberi rehat di tempat itu jugak la. Kawasan lapang. Cantik langit malam itu, berbintang penuh. Kemudian, kami....Zzzzzz.
Preeeet!!!!!!! Kami terkejut. Kena bangun dan berlari ke dalam hutan. Malam itu, malam kawad. Perkataan yang kami sebut berkali-kali ialah "SATU!". Bagi serentak. Mula-mula memang mamai, lama-lama rasa thrill. Satu hutan digegarkan dengan perkataan yang SATU!. Masa itu, terus segar. Lagipun, time tu dapat makan macam manisan apa ntah. Ha, kira segar la. So, memang best la dok murajaah perkataan "SATU!". Terima kasih kepada Ustaz2 dan AJK, kawad kami punya prestasi dalam kem itu amat memuaskan. Ye ke?

Sebelum KAWAD



Second day...

Hari tersebut, memang hari yang memenatkan. Amat memenatkan. Pagi-pagi, kami kena jalan atas tali, then panjat pagar bertali tinggiii. Ramai time panjat tu terketar-ketar. Ada yang time lalu macam Commander Crawl kat atas tali tu macam sakit je kat 'tempat' tu, haha. Lawak amat. Pagi lepas lalu 'drill zone' tu, kami bersiap untuk kembara "Hijrah". Di saat itulah kami akan praktikkan "fall down" kami. Ha, seingat Karim, kena roll down mula-mula. Terasa cuak pula, takut tengah rolling down kang, kepala zasss bocor. Tapi, alhamdulillah, Allah jaga. Lepas itu, kami yang setiap kumpulan bawa buluh dan kain pelekat, rupa-rupanya untuk jadikan stretcher. Kumpulan kami, paling berat siapa eh? Aishamuddin kot. haha. Lupa dah. Lepas itu, kami kena crawl, back crawl dengan leopard crawl. Lepas itu, tiba-tiba Basith and the gang ambush kitorang dalam semak itu. Habis, terkejut, lintang pukang lari. Pecah habih kumpulan. Then prepare untuk masuk sungai. Abseiling dulu. Relaks saja. River-crossing, jalan punya jalan, macam-macam kena buat di dalam sungai itu. Bila ingat kem sekarang, alangkah mudahnya kem mereka. Semacam kelip mata, nak dibayangkan dengan penderitaan semasa kem kami dahulu. Sekarang, parent lebih protective, mungkin kerana peredaran zaman, membuatkan ibu bapa lebih menyedari bahaya melepaskan anak di tangan mereka sendiri. Terkadang, sikap mulia ini terbawa-bawa sehingga terlalu melindungi anak untuk menjadi lebih lasak. Perlu ingat, rama-rama yang kuat, ialah rama-rama yang bersusah untuk membuka kepompongnya. Di part akhir sekali, kami bergambar. Adus. Hafidz Gazali, beliau jurugambar yang sistematik. Minta kami posing, dan Kliik!

Petang itu, kami belajar ikatan, diajar oleh abang Abdul Hadi. Pada waktu ini, kumpulan Salman la paling kuat konflik politiknya. Kumpulan kami, zzzz. Amat mengantuk. Kemudian, salah seorang tourist guide, atau ranger(teringat Muhammad Sheikh Saleh, beliau ranger hutan sekolah), mengajar kami tentang beberapa herba serta tips keselamatan dalam hutan. Mungkin pengaruh khurafat, beliau telah mengajar kami perkara yang salah, syukur, pelajar Al-Amin ada kesedaran yang tinggi, cepat dikesan salahnya. Sekarang, Karim lebih sedar, tentang hikmah Al-Quran dan perkara ghaibnya. Nurnya. Hanya masa yang akan merungkai misteri ilmu ini, atau pun ia kekal menjadi rahsia Allah yang hanya didedahkan kepada mereka yang Dia kehendaki. Wallahu a'lam. Akhirnya, malam pun tiba. Malam yang ditunggu-tunggu. Malam yang gilang gemilang cahayanya(di tengah hutan). Malam Seni Kebudayaan. Temanya Hijrah, Elemen yang wajib ada, UNTA!!!!

Haha. Asri, itulah malam popularnya. Malam itu, merupakan antara Malam Seni yang terbaik. Langsung tidak mengantuk dan 'boring'. Mungkin kerana kami sendiri bersungguh-sungguh melakonkannya. Serasa Karim, malam itu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana malam perkhemahan sepanjang Karim mengikuti perkhemahan sebagai peserta mahupun AJK. Malam itu, kami ketawa, namun, hati kami belajar walau sedikit. Tentang perubahan, atau hijrah. Sekarang, Karim makin besar. Hijrah merupakan titik penting dalam hidup Karim. Karim harap Karim sentiasa istiqamah. Teringat kisah lama. Allah ubah hidup mereka dalam sekelip mata. Hal yang sama terjadi kepada Karim, sekejap itu, sekejap ini. Walau kita tak mahu perkara itu berlaku, ia tetap berlaku. Malah, di sekeliling kita, dan juga diri kita. Bagi Karim, ini peringatan Tuhan, bahawa nasib manusia di tangan Tuhan. Mungkin Tuhan akan membalas apabila manusia mula yakin terhadap pengawalan hidup mereka. Atau Tuhan akan membiarkan. Wallahu a'lam. Malam itu, antara peristiwa kelakar yang Karim ingat, Amirul jadi unta tunggangan. Hahaha. Seingat Karim, kalau tak silap, Khalil yang menunggangnya. Kami gelak dan gembira pada malam itu. Alhamdulillah. Rindu kenangan lama. Kalau AJK tiup wisel, yang paling radikal dia punya larian Nik Fahim la, daripada baju putih kat cerun tu dia pergi slide. Orang lain yang hati-hati pun pergi slide sama ikut dia. Hampeh betul. Yang kita punya hati-hati nak turun dia Zasssss,,,habis orang lain terluncur macam dia. Haha. Malam itu, kami tidur dengan lena. Dan macam biasa, paginya ada muhasabah di sungai. Faham-faham.


Third day...

Pagi-pagi lagi, kami pergi berlari. Halim depan sekali. Waktu itu, ramai melecet. Sampai kaki lari terkengkang-kengkang. Time itu, first time, Karim dengar lagu lari tu. Daripada Ustaz Idris yang disayangi. "Lari, lari, kita lari........sampai urat besi". Kemudian, aktiviti paling best. War Game. Dalam aktiviti ini, kami diberi kertas yang diikat di pinggang dengan tali rafia sebagai nyawa, lilin sebagai nyawa kumpulan, dan botol air sebagai senjata. Mata kami diikat dan dibawa ke tempat persembunyian. Kemudian dibuka. Asing semua. Afiq toyol la yang Karim nampak mula-mula jalan-jalan relek sahaja cari nahas. Mungkin dia tak nampak mata-mata yang sedang memerhati. Fahim, macam biasa, cerita hebat, tapi hasil hebat juga. Beliau perancang serangan kumpulan kami. Menggunakan teknik 'flanking', beliau mengepung dan megejutkan kumpulan lain. Antara yang menjadi mangsa ialah Hasif. Haha. Kisah lain pula, Aisa dikatakan mencabul(bahasa kem kami) Sobri. Haha. Habis terkoyak baju Sobri gara-gara Aisa yang terlalu ghairah mengejarnya, riuh satu kem. Lawak tak beragak.

Lepas War game, kami makan ikan keli. Abang Amir Hamzah masak. Time tu, gajet kami dihancurkan sehancur-hancurnya. Lepas itu tak ingat apa jadi, my weakness. Akhirnya, kami balik. Dan macam biasa la, kami kena angkat tong gas, tapi ringan sikit. Alhamdulillah. Akhirnya, habis.

Itu merupakan Kem yang amat best, yang Karim pernah pergi. Memang seksa, tapi itulah yang menggembirakan kami.

4 comments:

Karim V said...

ANA RINDU..

owhmar said...

I miss you guys.

Anonymous said...

me too...thnks for posting

Unknown said...

aku pun. grr