Salam.
Saya buat ini post khas untuk kamu. Semoga dapat berjuang di tempat masing-masing. Saya akan rindu sama kamu. Pedih juga rasa, siapa lagi yang mahu ajak saya pergi Tbun. Siapa lagi yang nak ajak saya main DoTA. Memang ada orang ajak, tapi, kalau tak ada kalian, Tbun itu sunyi. Kalau berkumpul, tak ada kalian, sunyi alamatnya.
Muhd. Amirul Arif
Ini Amirul. Beliau akan menyambung pelajaran di HM Aerospace, Langkawi. Cadet Pilot. Dapat diskaun kot kalau korang naik dengan dia nanti.
Ini dia. Bersama ibunya. Di Hari Takrim. Beliau kawan Karim. Kami banyak bersama-sama susah dan senang. Karim harap persahabatan kami akan berkekalan. Dia, kuat. Bila dia berubah, macam-macam datang. Sampai sekarang. Dia banyak tahu perkara, cuma dia lebih nak jaga aib orang. Saya kesian, sakit hati pun ada. Dekat orang macam itu. Depan-senyap, belakang-hebat mengata. Mungkin kerana aura perubahan dia, orang takut mengata depan-depan. Senyap dalam sokongan lagi diharapkan dari baik di depan, tapi di belakang. Hm. Cukup. Amirul, aku harap kau terus thabat dalam perjuangan. Biarlah yang lain. Biar jadi terasing. Islam itu datang dengan asing, pergi dengan asing, maka beruntunglah orang yang asing. Ini perkataan 'gharib'. Pelik yang dikaitkan dengan yang positif. Unik. Bukan kata 'syaz'. Pelik yang lebih kepada negatif. Heh. Jangan lupa amalkan ilmu kau. Ceh, kata orang, kita. Haha. Aku bz sikit di sini. Kau pun apa kurang. Harap dapat jumpa lain kali. Dalam keadaan iman. AMiin. Kalau terfikir nak nikah, jangan lupa jemput aku, cuma..jangan nikah atas kapatebang sudah. Senang sikit. Aku mabuk. Sahabat lain, kita jumpa KLIA esok. Hantar dia. Just nak bagi tahu, Allah sentiasa dengan kau. Ingat tu.
Omar Abdul Rahman
Ini Omar, rakan gamer saya. Dia akan menyambung pelajaran di Kolej Jaiputra. Hebat, dia ambil double diploma. Major ICT, minor Pengajian Islam. Macam-macam dah kami lalui. Macam-macam juga yang dah kami gaduhkan. Tapi baik balik. Bila saya dan dia, mood saya jadi budak-budak. Mungkin sebab dia buat saya jadi riang. Haha. Lepas tu, kalau dia gelak, memang bising la. Macam dunia ini dia yang punya. Tapi kalau bad mood, jangan diganggu. Korang tunggu tiga jam pastu. Haha. Dia terer komputer. Macam Amirul la. Pakar pasal hack. I really mean it. Memang dia pakar.
Yang pakai cermin mata
Aku harap kau dapat jaga minat kau. Ingat, minat and hobi bukan keutamaan. Kita ada matlamat. Aku tahu, kau tahu jaga diri. Macam kakak kau kata, kau protector family. Nanti bila kau free, kita lepak Tbun. Mana la tahu, entah-entah aku dah lagi terel dari kau. Haha. Macam mustahil je. Terima kasih Omar, banyak benda yang aku belajar dari kau. Nanti kita jumpa lagi, bila-bila. Maybe time Ramadhan, kita iktikaf macam dulu-dulu. Dulu time kecik, kita main keja-kejar di masjid UIA. Insya Allah nanti, kita main kejar pahala pula. Haha. Lagi satu, hari itu, kau dah kelentong aku pasal tarikh nikah kau. Habis semua orang kau kelentong. Dan aku macam biasa, LAMPI sekali. Paling lambat sedar. Punya la volunteer macam-macam. Haha. Kali ini, bila kau text aku, pasal nikah kau. Pastikan ada tarikh itu dalam kalendar manusia. Kalau tak memang aku pergi sana kat kolej tu aku lanyak kau. Ok. Haha. Aku minta maaf, andai ada salah kata. Cuma kau perlu tahu, aku sayang kau.
#Semalam kami di Tbun. Terimbau kenangan lama. Dulu bila budak Al Amin pergi Tbun, mereka buat macam Tbun itu mereka punya. Haha. Suara punya kuat. Cakap macam dalam rumah sendiri. Sampai time Ramadhan pun, budak Al-Amin boleh lagi perli mereka yang mencarut dalam Tbun tu. Haha. Semalam la juga, Tbun itu sekali lagi kami punya. Kalau dulu DoTA, sekarang COD4. Local Server punya. Habis kena belasah kitorang. Haha.
Jumpa lagi kawan-kawan.
6 comments:
GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOGOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOPOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
KTHXBAI.
welcome Omar
That is not me?
I never go as 'anonymous'.
Hurm. at home till Saturday ^^
ak rindu kat oma T_T xpe nnt ak call die :D
amirul,dr f2 smpai f5,tak pernah lupa utk tahu pkmbgn..smpai skrg.ya,dan engkau layak utk perubahan itu..
omar,darjah 5.6 dulu kita kejar-kejar,kita kene kejar dgn syazwan,katanya nak buat sup ekor,herm,maaflah kurg rapat di skolah menengah,tp jgn risau,dlm sudut hati,kita ttp rapat spt dulu :)
nak no fon~ nanti leh naik kapal terbang free
ada satu kerusi kosong utk pemantau di belakang pilot
Post a Comment