Pengalaman Cuti


Salam. Karim nak cerita sikit, tentang pengalaman sedikit sangat yang Karim dapat ketika cuti kali ini.

Pengalaman 1.
Jadi guru sementara, di Kem Tahfiz di Al-Amin. Pesertanya terdiri daripada budak-budak yang agak 'slow' dalam Al-Quran. Mungkin kerana attitude, atau kurang masa yang diperuntukkan. Mula-mula masuk kelas, perghh, Mad Asli tak tahu. Parah ni. Jadi Karim pun ajarlah, perlahan-lahan. Suka bila tengok murid faham, entah macam mana, hati pun doa Allah permudahkan dia. Sebab latar belakang Karim lebih kepada agak ber'uniform', so, Karim prefer kawad punya style. Lambat denda, lari atau pumping. Sampai kena perli dengan senior. Tapi, tak apa, itu untuk disiplin. Dan, akhirnya, kelas Karim yang dah ready walau Karim tak ada.

Tapi, kadang-kadang rasa kecewa juga. Mungkin macam ini yang guru rasa, mungkin lagi teruk. Bila, murid yang kita ajar, agak kurang ajar. Kalau kita ajar, dia tak dapat tak apa, ini, kita ajar, dahlah tak dapat, pastu banyak main. Mana tak panas. Sabar itu memang didahulukan. Tapi bila tiba masa nak test, mula bagi alasan. Bagi Karim, Karim tak kisah dapat murid yang lambat, lagi gigih kita nak mengajar. Tapi dapat murid yang bermasalah yang tak ada pun usaha nak ubah, itu panas. Haha. Nasib baik dalam surau time tu. Karim bagi contoh, murid yang ada urge nak ubah diri. Awal kelas azam dia nak habiskan kelas ini cepat, nak balik. Tapi kena nasihat dan gurau dengan dia, last, dia dapat pencapaian tertinggi. Siapa sangka. Terkejut juga. Happy je.

Lepas itu, tengok pula budak-budak lain. Bukan lembab nak menghafal, cuma tak ada minat. Tengok dia hafal lagu Linkin Park, cepat je, kawan dia bluetooth, alih-alih time ngaji dia pergi nyanyi sebelah. Nak minta penampor je. Dahlah salah nyanyi, bila orang tegur dia kata, "Aih, abang pun hafal lagu ni ke?". Pastu main teka-teka lagu dengan dia. Pergi pasang lagu Love Story, memang boleh teka. Lebat je cerita kata lagu ni orang tak pernah dengar. Tapi, nak tengok di sini, mereka ini pintar, cuma tersasar sikit. Sikit je.

Dalam itu pula, ada yang kata sokong BN(No Offense). Karim bagi la video Masyitah kutuk Hudud. Then tanya dia, mana nak pilih, Islam ke tak Islam. Dia kata Islam. Then, Karim bandingkan kebaikan BN dan PR. Jangan cari keburukan, tak elok, cari baik, dan mana lagi baik. Lepas bincang-bincang, ha, PR lagi banyak bawa kebaikan. Lepas itu tengok mereka cerita cara hidup di rumah, patutlah tak boleh menghafal. Karim pun suruh mereka tanya parents masing-masing. Balik nanti cuba tanya parents, lembut-lembut, parents antum nak bawa antum ke mana? Syurga atau neraka. Mesti paretns jawab syurga, Then tanya, apa yang parents buat untuk bawak diri dan famiy ke syurga? Dah cukup ke? Muka masing-masing time tu memang insaf semacam je, nak tersembur rasa.

Ada pulak yang komplen, kenapa PAS alim sangat? Tak suka orang alim, PELIK. Karim senyum, then Karim baca Hadith. Islam itu datang dengan asing, pergi dengan asing, maka beruntunglah orang yang asing. Karim nak fokus dengan orang asing, atau pelik. PAS itu mereka tanya, lain cerita. Pelik. Kalau tengok orang pakai tudung labuh di bandar, pelik. Tapi, bukan mudah nak buat, komplen senang. Kata tak semestinya tudung labuh baik, tapi cuba buat, agak-agak mudah ke tak? Kalau tahu komplen, diri sendiri duduk snap gambar dalam kereta orang, baik senyap. Kena ada izzah dalam tu. Baru terpancar Nur Izzah tu.

Ada yang tanya, kenapa Islam banyak sangat benda tak boleh buat? Karim senyum, ini biasa orang agama lain pun tanya. Tapi mereka form 1, Karim bagi analogy cukup simple. Contohnya jalan raya, penuh papan tanda peringatan. Ada yang ada traffic light lagi. Islam macam sign board itu. Mereka tidak menyekat perjalanan kita, tapi mengawal, agar teratur dan selamat. Kawalan itu penting. Islam tak sekat hidup, tapi kawal agar kita tak tersasar. Macam manusia, contoh, cuba tengok anak-anak yang parents tak kawal. Jadi 'lain' sangat. Kalau yang kuat, tak apa. Ini yang jadi hamba kepada nafsu, susah. Kenapa orang Islam buat perkara bukan-bukan? Kata ISLAM sempurna. Karim bagi dia analogy yang best friend Karim bagi bila kami sama-sama debat dengan atheist. Best friend Karim ini, Birth Day dia semalam, Karim rindu kat dia. Ini analogy nya. Traffic light. Peraturan jalan raya. Itu sudah lengkap. Tapi kalau ada yang langgar peraturan, adakah kita nak salahkan peraturan? Atau mereka yang melanggar?

Ada yang cakap, benci Bush dan Dajal. Karim senyum, kata nak lawan mereka, kena pandai. Kena ada benda ini. Karim tunjuk di kepala, muka dan hati. IQ, EQ, dan SQ. Ini yang Islam ajar. So, nak lawan orang itu, kena belajar, jadi pandai. Bukan pandai atas kertas sahaja, dalam hidup pun kena pandai. Quran kena pegang. Kalau tak boleh hafal pun, hormat. Jangan sampai ilmu ini nak dikutuk-kutuk semata-mata sebab tak puas hati dengan orang. Kalau lagi baik, fuse kan dua ilmu ini. Manusia banyak potensi terpendam. Lagi satu, nak berjaya, jangan sombong. Ingat, kita diuji, tak bermakna kita boleh cakap yang orang lain tak diuji lagi. Mungkin short term, boleh survive. Tapi lihat long term, kadang-kadang kita tak sedar yang kita makin jauh. Hanya kerana kita duji SEKALI, dengan SEJENIS ujian, di SATU TEMPAT, dengan KEADAAN yang sama. Ada orang diuji dengan pergaulan. Ada dengan parents. Ada dengan 'power' they possess. Macam-macam. Jadi, jangan sombong. Itu sahaja. Moga korang menang la eh. Haha. Karim gelak. Last, mereka bertanya, Abang nak jadi apa? Karim senyum, Karim hanya bagi mereka beberapa perkataan Karim tulis. Parents, Haji, Fizik, Tentera, Mati. Pastu derang tanya, "Kahwin mana?". Itu di hati..Siapa yang tahu, dia tahu. Tahu apa? Tahu Allah itu tahu di apa yang ada di hati :)


Pengalaman 2.

Karim ada pergi satu akademi. Tentang Al-Quran. Selama Karim di Al-Amin, markah hafazan dan tilawah Karim tak pernah berada di bawah paras 96 percent pun. Tapi, di sini, baru Karim rasa, makin lama kita belajar, makin bodoh kita rasa. Mereka kata, ini Law of Knowledge. Nak tahu? Untuk Al-Fatihah sahaja, hampir lebih dua jam, kami dibetulkan. Ya ALLAH. Selama ini, kita baca depan orang Arab, jawabnya Tayyib. Depan Imam, jawabnya Mantap. Alih-alih depan orang Tajwid, "Tak belajar tajwid ke?". Setempek kena. Baru rasa, dalamnya ilmu ini. Waktu tu, dibetulkan semua kesalahan. Dan ingat, kami dibetulkan bukan kesalahan Jali, tapi Khafi. Yang tersembunyi.

Lepas tu, ada yang kata Sains tak ada kaitan dengan Allah. Kenapa? Waktu tengah kuliah, pasal Al-Quran, Karim ada buat kiraan. Pasal Math dalam Quran. Dia tengok, kata, apa nombor-nombor ni? Nombor dengan Sains itu ilmu barat. Ikut hati nak cakap je, tapi senyap je, diam. Dia tak tahu. Bukan salah dia. Tak serupa dengan orang yang tahu tapi kutuk.

Ada ustaz baca Al-Quran, lagu Hindustan. Tanpa disedari, menitis air mata. Ramai gitu. Karim tak faham maksud, tapi mungkin itu kehebatan Al-Quran, dia boleh 'menyentuh' hati. Izin Allah. Nak dibandingkan dengan Instrumental Play, muzik itu perlu kita bayangkan kesedihan baru sedih. Ini, tak semena-mena. Sedap dia baca. Rasulullah tekankan lagu dalam AQ. Sampai kata bukan dari kalangan kami mereka yang tak melagukan AQ. Hadith ini, dibentang oleh ulama' tafsir Yahudi, yang kemudian dilancarkan Triple S, SSS kepada dunia. Screen, Songs, Sex. Betapa pentingnya lagu dalam hidup manusia.

Hari tu, time akademi, tumpang seorang parent balik. Dia kata, academician, ilmu dia tak boleh nampak Allah. Dia kata, dia engineer, ilmu tak nampak Tuhan, lepas pencen tak boleh pakai. Tak kira, Law ke, Econ ke, selain AQ, tak boleh pakai. Karim berasap dengar. Dalam hati, Dia ini Buta, even Form 4 kita dah puji, sebab kagum dengan Tuhan punya ilmu. Baru nak start, dah sampai Villa. Sebelum keluar Karim cakap "Terima Kasih pakcik, Pakcik, ilmu Allah itu luas. lihat dengan hati"


#Karim dalam misi, membetulkan fahaman ini. Ceh, macam bahaya pulak.

Wasalam

2 comments:

~al-Barq~ said...

btul3 kite mmg sentiase diuji dengan "power" yg kite ade ......... hehehe ....

karim said...

shhhh.azizi...senyap..diam2 je..hehe