Hikayat Seorang Juara [Part 2]

Salam.

----------------------------------------------------------------------------------

The Journey Continues..

Ha...saya, di sini, bercerita kembali. Mari kita susuri perjalanan saya. Tak lama lagi, saya bakal di'fizikal'kan. Ish, tak sabar rasanya. Tapi rasa macam takut pula. Ramai kata kebanyakan yang seperti saya tewas di 'sana'. Insya ALLAH, saya akan bertaqwa, hati-hati. Hati-hati apa? Iya, hati-hati dalam larangan Allah dan suruhan Allah.

Sperma


Inilah saya! Iya, saya dah mula dizahirkan. Tapi ingat, bukan ruh saya dalamnya. Belum lagi. Inilah sperma. Ada ramai macam saya. Mereka dari sumber yang sama, Bapa. Kami membawa khazanah manusia daripada bapa kami. Ya, mahu tahu? Kami bawa DNA. Walaupun kami sel terkecil dalam manusia, kami bawa DNA yang maklumatnya dapat memenuhi perpustakaan, yang memuatkan 500 ensiklopedia. Setiapnya 900 muka surat. Banyaknya. Masya Allah, Tuhan Maha Pemurah. Lagipun, dahulu manusia ada klasifikasikan, DNA yang digunakan untuk membentuk manusia dan yang tidak. Dalam Human Genome Project. Mereka dapati ada yang tidak digunakan untuk membentuk manusia, mereka panggil 'Junk DNA'.

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Fussilat, 53


Ayat ini dibacakan ketika khutbah pada suatu hari. Lalu seorang biologist Muslim bersama adiknya, seorang geneticist bernama Imran, membuat kajian terhadap 'Junk DNA' ini. Masya Allah, apa yang ditemuinya ialah pada mulanya perkataan Bismillah, diikuti Al-Fatihah, sehingga mereka mendapati sepertiga Quran HANYA dalam DNA tersebut. Subhanallah.

DNA sendiri bukan perkataan biasa. Ia adalah asas kepada ilmu genetik yang ditemukan oleh Sir Mendel pada tahun 1865. Dalam Al-Quran, juga disebutkan tentang DNA. Bagaimana? DNA paling kerap disebut dalam Surah Al-Kahfi, 65. Sebanyak tiga kali disebut, consecutively.





Hebat Tuhan saya, siapa sangka. Begitu cantik susunannya. Apabila perkataan D-N-A (Dal-Nun-Alif), dikaji, paling banyak kekerapannya dalam satu ayat ialah dalam Surah Kahfi, ayat 65. Cuba lihat betul-betul. Mendel jumpa asas ilmu genetik pada tahun 1865, manakala ayat di atas ialah 18:65 . Adakah ini satu kebetulan? Mustahil. Begitu juga dengan kekerapan ini, dalam Surah Al-Kahfi, D-N-A(Dal-Nun-Alif) disebut sebanyak tujuh kali, begitu juga dengan R-N-A(Ra'-Nun-Alif). Masya Allah. Kedua-dua molekul ini sangat berkait rapat dan memerlukan satu sama lain. Dan, istilah ini hanya dinamakan tak sampai tiga abad, sedangkan Al-Quran, 14 abad yang lalu! Allah Ya 'Alim.

Inilah apa yang saya bawa. Inilah saya. Sebaik-baik ciptaan.
Itulah sahaja setakat ini. Saya akan sambung di masa akan datang, Insya Allah. Tentang diri saya yang masih belum menjadi diri lagi. Sperma dan Ovum. Hayati perlumbaan saya, akan datang. The Legendary Journey!

Hayati, Tasbih, Muhasabah, dan Ubah.

1 comment:

Anonymous said...

Abang Bio A1.. :)