Salam
Ada satu malam, Karim lihat sesuatu yang amat indah. Bulan. Bagi Karim, bulan ini sesuatu yang amat bermakna. Namun, makna bulan tersebut berubah-ubah, dari masa ke semasa. Dahulu, Karim sandarkannya pada sesuatu yang tidak kekal. Selepas itu, Karim lihat padanya keindahan Tuhan, sekarang Karim akan lanjutkan kefahaman itu, kepada yang lebih mendalam. Harap kefahaman ini dapat pandu Karim lebih dekat dengan Tuhan. Kerana hati ini sifatnya berbolak-balik. Moga istiqamah. Amiin. Layannn..
--------------------------------------------------------------------------------
Nuh, 16
"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
Al-Furqan, 61
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari(siraaj) serta bulan yang menerangi(muniir).
-Siraaj bermaksud lamp,light, pelita, lampu, sesuatu yang mengeluarkan cahayanya sendiri.
-Muniir bermaksud luminous, radiant, shining, bercahaya, bersinar.
Secara bahasanya sudah dapat membuktikan kebenaran Al-Quran, pada 14 abad lalu, di mana Muhammad Yang Terpuji, membaca ayat tentang sifat-sifat bulan yang hanya memantulkan cahaya, yang faktanya sahaja diketahui berabad selepasnya. Masya Allah.
Pada suatu malam, Karim lihat langit. Nampak bulan. Cantik.
Karim terfikir lama juga. Bulan ini amat indah bila disinari dengan cahaya matahari. Lebih-lebih lagi apabila dilihat dengan hati. Nikmat rasanya. Namun, secara fizikalnya, bulan hanya indah apabila bercahaya. Namun bila hilang cahayanya, tiada yang indah pada bulan. Gerhana. Bulan hilang cahaya. Yang indah ialah yang bercahaya di sekeliling bulan.
Bila difikirkan. Agaknya, ini salah satu daripada Law dalam hidup ini. Cahaya itu diibaratkan sebagai Diin kita, Islam. Bila kita disinari dengan cahaya Islam, dan Iman, begitu indah. Contoh terhebat, Rasulullah. Beliau mengubah masyarakat paling tak bertamadun, menjadi paling gemilang dalam sejarah manusia. Begitu juga dengan indahnya bulan. Keindahannya terserlah apabila disinar cahaya matahari. Keindahan manusia hanya akan terserlah dengan cahaya Iman dan Islam.
Kita lihat fenomena gerhana. Bulan begitu gelap, tiada yang indah padanya. Kita sendiri tahu, bahawa bulan itu indah, namun, keindahannya tersembunyi di dalam kegelapan. Tiada cahaya, tiada keindahan. Itulah manusia. Semua manusia itu indah, sebaik-baik ciptaan. Namun, keindahan itu tenggelam kerana dosa yang hitam dan gelap, kerana diri tidak disinari dengan cahaya Islam dan Iman. Jauh di sudut hati, manusia itu sememangnya indah. Keindahan yang dinamakan fitrah, dihiasi dengan seni akhlaq yang hanya akan bersinar dengan cahaya Islam dan Iman. Itulah KITA. Manusia.
Sama seperti mereka yang cuba menghalang cahaya Islam dari berkembang. Mereka sendiri akan terlindung daripada disinari cahaya, namun, fenomena cahaya itu akan menarik orang lain untuk lebih mendekati cahaya tersebut. Tarikan seni cahaya di sebalik gerhana. 9/11 WTC, Filem Fitna dan sebagainya. Peristiwa ini merupakan antara cubaan mereka untuk menghalang cahaya Allah, namun semakin ramai yang tertarik dengan 'seni' Maha Bijaksana. Masya Allah. Semakin ramai yang ingin disinari dengan cahaya Islam.
Cahaya. Sesuatu yang signifikan dalam hidup. Zahir, batin, ghaib, semuanya mempunyai cahaya.
No comments:
Post a Comment