Tentang Ad-Din, Mereka Bertanya [Part 2]

Salam.

Perbincangan kali ini hanya berkisar tentang persoalan biasa. Yang kadang-kadang jawapannya ada di sudut hati masing-masing, cuma ada ego yang tutup.
Selalu, kita dengar, wanita bertudung labuh, di'zasss' telinga mereka. Dengan ungkapan-ungkapan yang menyakitkan hati. Sehinggakan Karim pun pernah terdengar, dan ter'baca' tentang ini.

Kebanyakan kata-kata ini dikeluarkan secara sengaja atau tak sengaja adalah kerana sakit hati, dengki, ataupun sebagainya, mungkin niat baik, cuma tersalah cara. Kadang-kadang Karim pun terfikir, sibuk mengatakan tudung labuh, ada cara lain untuk pakaian wanita? Mungkin agak kurang la pengetahuan tentang definisi, tapi seelok-eloknya, tudung labuh bermaksud yang menutup apa yang diperintah oleh Allah. Logically, bahagian aurat memerlukan tudung untuk menjadi labuh. Atau, ada photons manipulating mechanism yang bagi orang nampak macam labuh tapi tak?

Agaknya memang lumrah manusia, bukan fitrah, tapi nafsunya manusia lebih suka melihat keburukan orang. Cuma yang dapat tangkis sifat itu, hanya Allah melalui usaha Iman. Cuba perhati sekeliling, kadang-kadang pelik juga, bila orang baik, buat jahat, tanpa lapisan apa-apa setempek kena "HIPOKRIT". Tapi, bila orang kurang baik, buat baik sekali-sekala, bila tiba masa dia bersalah sibuk yang membela 'highlight' kebaikan dia. Tapi, apa yang terjadi kepada yang baik? He's done, 'hypocrite'.

Perkara sama terjadi kepada yang bertudung labuh, muhasabah sendiri. Frasa 'tunjuk baik', 'berlakon', 'hipokrit' selalu kita dengar. Dari siapa? Faham-faham. As I said earlier, it's encouraged to highlight kebaikan dia. Kalau boleh bagi 'adil. Bukan sama rata. Tapi letak yang haq kepada tempatnya. Pelik, bila manusia yang cuba izzahkan Islam, dengan bertudung labuh diselar hanya kerana kesilapan yang kecil. Kalau buat dekat semua orang, silakan. Tak ada diskriminasi.

Hari itu, Karim berbincang dengan budak-budak Al-Amin, semasa kelas tahfiz. Macam itulah yang jadi, yang baik kena hipokrit. Yang tak tutup aurat, di'magnify' kan kebaikan sampai yang batil itu di 'TAK APA'kan. Kata mereka, dan golongan yang seperti ini, tak apa tak tutup pun, asalkan hati dalam baik.

Memang itu yang selalu dengar, bila cakap pasal ni, itulah yang keluar. Luar tak tutup tak apa, asalkan dalam baik; itu mereka kata. Sama seperti yang bertudung labuh, selalu kena kata, hati dalam tak baik. Macam mereka tahu? Tasawur Islami dalam bab akhlaq hanya kata kita menghukum dari zahir, atau Islam itu dilihat pada zahirnya. Dalam Islam, kita menekankan baik sangka. Jadi, apabila yang menutup aurat selesai zahir dia, biar Allah yang putuskan dalam hati dia. TAPI, apa yang terjadi pada yang tak tutup aurat, atau yang tak berapa nak tutup aurat? Dibilangnya hati mereka baik, sedang ini perintah Tuhan.

Kalau kita apply lumrah alam, kepada manusia, adalah SEMESTINYA mereka yang berhati baik menonjolkan luaran yang baik. Walau tak semestinya luaran baik mencerminkan hati yang baik.

R. Stevenson, Toronto Star 23 Jan 2002.
"Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. TIba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-kedua wanita Islam itu,'Mengapa mereka berpakaian sebegitu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita Barat itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan gaya mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan gaya kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat? Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja, dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita di Barat tadi"

Scientifically, syariat ini juga baik untuk kesihatan. The Science Behind The Veil; mengikut ujian-ujian yang dijalankan 40-60 peratus hilang melalui kepala justeru menutupinya sewaktu sejuk dapat mengawal suhu badan dengan baik. Itu di musim sejuk. Pada musim panas, kajian V.G Rocine seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang berada di bawah panas terik tanpa penutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan mendatangkan beberapa kesan negatif.


Kalau tak boleh ikut, sokong. Kalau tak boleh sokong, diam. Kalau tak boleh diam, jangan kutuk. Itu saja. Simple. Kita nafsi-nafsi di 'sana'. Tak ada siapa nak tolong kecuali Allah.

*P/S : Post ini juga ditujukan kepada seseorang. Harap boleh jaga mulut lain kali. Siapa yang tahu, dia faham. Aku tahu kau nak marah, tapi jangan sampai rendahkan syariat Tuhan. Dia ikut syariat Tuhan, kau nak kutuk, kutuk dia, syariat jangan main-main dan rendah-rendahkan. Kita muda lagi. Jangan cepat lupa diri. Banyak lagi ujian ada. Kau buka aib dia, tinggal Allah tak buka 'aib kau lagi.

No comments: