Can We Really Boycott KFC?
Salam.
One day, I received a message from my friend. "Salam, nak tanya, kita perlu ke boikot KFC walaupun dah dibeli oleh JCorp?" For your information, Majalah I had published a session of interview with JCorp CEO. Kenyataan CEO tersebut menunjukkan memang KFC di Malaysia dan Singapore sudah dibeli. Alhamdulillah, Karim bersyukur. At last, I can eat it. Setelah sekian lama tahan, memang seksa tengok dalam TV. Tahan nafsu, just for our brothers di Palestin, kalau mereka boleh tahan hilang keluarga, boleh tahan hilang rumah dan harta, ada yang hilang nyawa, mesti diri pun boleh tahan nafsu makan mutilated-gene chicken. Haha. Punya gembira. Tengah gembira tengok balik majalah tu, Aik? Takkan tak ada bayaran apa-apa. Itu bukan francais. Kalau free saja guna nama KFC, itu hebat. Secara jujur, Karim memang teringin nak makan KFC. Kecik-kecik dulu, tiap-tiap bulan wajib pergi. Di Alpha Angle Wangsa Maju. Tapi sebelum buat keputusan, letak akal dan logik di hadapan. Biar ada kajian peribadi.
Adakah KFC menyumbang sebarang wang kepada KFC di US?
Then. Buat bacaan sikit-sikit di Internet. Iya, memang KFC dibeli.
Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. Anak-anak syarikat dia-
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC).
Karim baca la, huh. Lega. Tak perlu tahan air liur dah. Tapi, di ayat tu, ada sesuatu yang bother mind Karim. Ayat yang diboldkan tu. Karim cuba cari jumlah yuran yang dibayar, indirectly yuran itu lah yang menyumbang kepada KFC punya domain. Cari punya cari tak jumpa. Sampai ada satu hari ada presentation daripada pakar produk Islam ni. Syed Ageel. Dalam itu, dia tunjuk yuran yang perlu dibayar 'sikit' sahaja. Only 6 percent daripada keuntungan. And 6 percent itu berjumlah 58 juta ringgit Malaysia.
Wow! Painful fact! Banyak tu duit yang Malaysia bayar kepada US. Only for KFC. Nama lain? Karim terima. Tak apa, tak ada rezeki lagi la.
Apakah nasib pekerja-pekerja KFC?
Alkisah, seorang pemuda yang agak emosi, bekerja di KFC. Bila dapat tahu pasal KFC boikot, tanpa soal selidik. Terus letak jawatan. Dia kata, perangai dia mungkin buruk, banyak masalah tapi dia masih sayang Islam di sana. Dalam diri dia, masih ada perasaan belas terhadap mereka. Dia kerja mana selepas tu? Sekarang dia merupakan usahawan berjaya dalam MLM HPA. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".
Boikot ada kesan? Bukan ke akan meruntuhkan ekonomi Malaysia?
Kalau ikut dalil, kisah Nabi Ibrahim dalam api dan burung kecik. Apa burung itu jawab? Aku buat ini supaya apabila ditanyakan Allah di akhirat, dapat ku jawab. Burung tu tahu, api yang terbakar selama berhari-hari tak mungkin terpadam oleh usaha yang kecil. Tapi itulah ajaran Islam, Allah tak tengok pada hasil tapi pada usaha.
Kalau ikut isu semasa, boikot memang ada kesan positif. Muhd Nuh mengulas dalam Metro, bahawa keuntungan menaik sebanyak 30 peratus bagi barangan buatan Malaysia sejak proses boikot bermula. Berita itu pada dua bulan lepas. Kalau istiqamah, ianya akan berkitar di dalam Malaysia, lagi untung.
Hukum Boikot?
Yusuf Qaradhawi- Haram walau sesen disumbangkan.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009 .
Kalau tak boleh boikot?'
Kita cuba. Mari, mari. Asalkan kita dah cuba yang terbaik, itu sudah cukup. Persoalan, adakah kita sudah cuba yang terbaik? Allah tahu kita di tahap mana. Susahlah nak boikot semua kan? Kalau tak buat semua, jangan tinggal semua. Asalkan ada usaha. Tak boleh boikot KFC, cuba boikot Nestle. Perlahan-lahan asalkan istiqamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
emmm
itulaa...knp perlu boldkan ayat :hanya membayar yuran jenama sahaja"...lbh baik tukar nama lain je..lbh baik & lbh diyakini.
Post a Comment