Amirul, :)

Salam.

Have been long since I last post here.

Just to drop by, and say, Amirul Arif - Happy Birthday and have a nice day. You have always been a good friend. I'm sorry for all my mistakes and wrongs, sometimes I just miss our old times. Camping here and there, make fire, cut bamboos for our tent, cook uncooked dishes, Tbun, in halaqah and all the programs we had attended together.

Moga Allah limpahkan berkat dalam umur kau. I miss you..  See you soon :)

Agaknya aku wakil semua Karim, ok? Hehe.. Mirol, Happy Birthday! :) Barakallahu fiik..

Hye korang!

Ok.sorry.itu gedik.

Slm,

Ok.Karim tahu yang Karim patut tukar word “korang” kepada maybe kamu/awak/u etc sebab korang itu merujuk kepada kalian semua.Dan tak sepatutnya Karim merujuk kepada semua sebab ada ke orang yang sudi baca blog ini lagi? :( yang Karim tahu asif,abang pilot jengoklah juga blog ini.yang lain?

Hehe.No big deal people.

Ada orang baca ke,tak ada orang baca ke,itu tidak menjadi sebarang masalah.Sebab Allah tak tengok hasil,Allah tengok usaha kita.
Tengok sahaja sirah para anbia’,ramai sahaja nabi-nabi yang tidak mempunyai kudrat untuk memberi hidayah kepada umatnya.Apa yang mereka mampu ialah berdakwah dan terus berdakwah untuk menegakkan islam.Sebab yang membuka pintu hati seseorang untuk menerima ajaran Islam hanyalah Allah.

Dan harus diingat,setiap antara kita adalah Daie.(Pendakwah.orang yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran)

“Eh,bila masa pulak aku nak jadi pendakwah pulak ni,ish xbersedia lagilah!Diri aku sendiri pun tak betul,apalagi nak bimbing orang lain.’’

Kepada yang berkenaan,sabar dulu.Karim tahu sesetengah orang memang kurang senang dengan status tersebut,tapi nak tak nak kita tetap kene terima juga.Rasionalnya sebab apa Karim katakan setiap orang diantara kita adalah Daie ialah sebab kita ini muslim.Orang luar(non-muslim especially) tengok kita sebagai muslim.Perlakuan,pakaian,akhlak,studi,pemikiran,sukan dll semua dilihat dari aspek Islam.Kalau mereka tengok perangai muslim ini lebih kurang mereka sahaja.Macam mana diorang nak tertarik dengan islam?

Analoginya,contohlah korang bila dah besar nanti korang tiba-tiba gatai nak bukak bisnes.Bisnes baju.Sedangkan degree/diploma korang takde kaitan langsung pun dengan bisnes(takpe,yang penting halal. :D).
Tapi korang punye design baju sangatlah buruk,out-dated,typical and not attractive at all.Jadi,macam mana korang nak tarik pelanggan sedangkan design yang korang keluarkan pun same sahaja macam yang yang lain.kan?

Islam sudah sememangnya cantik.Jadi,orang yang memakai pakaian islam itu lagilah cantik.Seriouslly.Perempuan-perempuan(muslimah) yang menutup aurahnya dengan betul sangatlah sejuk hati berbanding orang yang terbukak sana dan sini.

Korang ingat lagi tak analogi ustadz isharuddin(guru sejarah sekolahku) mengenai perbezaan berlian yang disimpan didalam kotak dengan berlian yang disimpan tanpa dibalut dengan apa-apa walau secarik kain.Selepas 10 tahun,yang mana satu berlian yang menjadi pilihan korang?mestilah yang disimpan molekkan?yang lagi satu mesti dah calar-calar ke,banyak orang dah pegang ke dll.

Jadi Daie ni tak semestinya kita kene bagi ceramah POM PAM POM PAM! Dia lebih kepada menjadi diri sendiri.Kita promote islam dengan apa yang kita ada.

Kita hebat main music instruments?silekan.

Kita hebat main futsal je?silekan.

Kita tahu bergaye/melaram je?Silakan.

Kita hebat fizik/chem/maths/stats je?xpe silakan.

Kita pandai menulis?Silakan.

Kita pandai melawak? Silakan.

Kita tahu buat video yang gempak-gempak.?Silakan.

Kita tahu nak main ragbi je petang-petang?Silakan.

Dan apa jua benda yang kita tahulah.Silakan saudaraku.Tak semua orang mampu buat,apa yang kita mampu buat.Jadi,sebab itulah kita kene bersatu.Siapa lagi yang nak bangunkan balik islam kalau bukan Kita!Jangan risau.Sumbang apa yang kita mampu sumbang kepada islam.Janji mesej yang kita nak sampaikan haruslah bertepatan dengan syariat islam.

Salah satu prinsip Karim ialah “apa yang ada jelah’’.Kita bagi apa yang kita ada/mampu kepada islam.Jangan buat apa yang kita tak mampu.

Ingat Allah tak tengok hasil.Allah tengok usaha.

Show us what you’ve got!

Senyum.Barakallahufiikum.

p/s:Karim nak toyota camry.please.

Catalyst

Salam,

Insha Allah Karim nak sentuh sikit pasal hati kita.Sedar atau tidak,dalam kita menjalani kehidupan kita ni,banyak dosa yg telah kita buat.Lebih-lebih lagi apabila dosa dan pahala sudah ditaklifkan ke atas diri kita(baligh).

Sahabat sekalian,

Pada khutbah jumaat tadi,terdapat 2 ayat yg begitu menyentuh hati Karim.Walaupun ayat ini Karim dah lali dengar/baca sejak sekolah rendah,tapi di saat ini ia begitu bermakna bagi diri Karim.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat melihat balasannya(7) Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat balasannya"(8) (99:7,8)

Naah,setiap amal kita tetap dikira walupun sebesar zarah.Maksudnya sekecik-kecik zarah pun Allah tetap kira.Ada 2 perkara sahaja yg kita akan buat samada baik atau buruk.Dan setiap perkara yang kita lakukan itu pasti ada balasan yang tersendiri.

Jadi,lepas ni kita cuba sedaya upaya untuk mengawasi setiap tingkah laku kita.Awas,di sini bermaksud berhati/teliti .Jangan biar diri kita dikuasai musuh2 Allah.Syaitan terutamanya.

Senyum.

p/s: jaga akhlak kita.