Hikayat Seorang Juara [Part 1]

Salam. Ini adalah siri baru, Karim buat sebagai niat untuk kita sama-sama muhasabah diri kita, sebagai seorang manusia, yang pernah menjadi juara. Adakah perkara yang sama akan terjadi bila kita di 'sana'? Wallahu a'lam. Karim sendiri tak berani nak bagi jawapan, kerna segalanya atas Allah. Namun, mari kita sama-sama letakkan azam, untuk jadi hamba Allah yang baik. Innallaha yuhibbul muhsinin. :) So, sit back, reflect and change. Insya Allah.

----------------------------------------------------------------------------------

Let The Journey Begins...


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Al-A'raaf, 172


Itu, itu merupakan perjanjianku dengan penciptaku. Pencipta dunia ini, Allah. Iya, dia telah menciptakan diri ini. Hah, diri? Ehehe, Silap, aku masih belum layak digelar diri lagi, iya, aku masih tiada jasad, aku masih lagi di alam roh. Di alam inilah, semua manusia, telah berikrar. Ikrar apa? Ikrar inilah! Allah Tuhan Kami. Semua yang seangkatan dengan aku. Kami telah berikrar, untuk meletakkan kepatuhan kami, kepada Allah, yang mencipta kami. Baik, inilah janjiku. Perjanjian dengan Yang Maha Agung. Perjanjian yang mengikat aku dengan sebuah fitrah yang amat menenangkan, iaitu fitrah bertuhankan Tuhan Yang Maha Esa. Iya, sebelum aku lahir, apa tujuan ku hidup di dunia ini? Pastinya ada tujuan. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan main-main.

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Al-Mu'minuun, 115

Ya, aku memang tidak diciptakan tanpa tujuan. Aku pasti, ada tujuan jelas untuk aku hidup. Tujuan yang telah ditetapkan. Namun, apakah tujuan tersebut? Bagaimana dapat ku cari tujuan itu? Adakah dapat aku tunaikan tujuan aku dihantar untuk hidup? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Al-Baqarah, 30


Khalifah? Aku khalifah bumi? Uish, berat bangat tugas aku rupanya. Amat berat, tugas yang diterima, hanya untuk manusia.



Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Adz-Dzaariyaat, 56


Baik, ini tugas aku yang kedua. Tujuan hidupku, menjadi hamba kepada Dia yang telah menciptakanku. Patut aku menjadi hamba yang bersyukur. Ya, hamba yang bersyukur, hamba yang tidak melanggar arahanMu, menjauhi laranganMu, memuliakan mereka yang mencintaiMu, menyerahkan diri ini sepenuhnya kepadaMu, aslama. Inilah tujuan setiap manusia yang hidup. Manusia, gelaran yang bakal aku perolehi tidak lama lagi. Insya Allah...





To be continued...Insya Allah

6 comments:

Anonymous said...

nice. syukran~

Anonymous said...

wahai karim(salah satu karim)
mana topik halal haram yg nk buat tu?
buat cepat

Anonymous said...

halal haram? I'm searching for the leetter..

ijalceritera said...

Dpat tak jadi manusia? Salam ziarah.

nursabirah azhari said...

salam ziarah.err..im innocent here.karim nieh ader banyak ker?sapa pemilik blog nieh sebenarnya?

Anonymous said...

baca post bawah...haluan karim2