Whoa..Chinese!



Salam,

Sejak akhir-akhir ni, Karim sangat kagum dengan orang yang berbangsa Cina. Ada yang baiknya yang patut kita Melayu-Islam patut contohi sikap diorang. Bukan apa, Karim tengok diorang ni kalau bab buat kerja memang bersungguh. Tekun.Rajin.Fokus.Tahu matlamat.

Sebagai contoh, dekat kawasan Karim menetap ni, ada sebuah restoran Cina . Hampir setiap kali kalau nak beli benda2 runcit mesti lalu kedai dia. Sambil-sambil lalu tu Karim tengok2 la keadaan restoran tu.ok ke x.(haha.ayat xley bla.). Dari tauke-apek sehinggala ke pekerja-pekerja diorang kat situ. Dalam kedai tu, mostly bahagian memasak bole nampak.(ala,mcm tmpt mamak tebar roti.kan kita bole nampak.haha). Tapi bahagian yg xnampak tu diorang masak ape ek?(curiousnye..)ok sori2 sambung2.






Kat bahagian luar tu adalah bahagian nasi ayam .Karim tengok cina yang buat nasi ayam punyelah tekun nak sediakan nasi ayam tu.Kalau nak potong ayam tu,dia akan pastikan pisau yang dia nak guna tu dibersihkan terlebih dahulu sebelum nak potong ayam lain. Tak macam sesetengah restoran, pisau tula potong ayam,pisau tula hentak bawang,kunyit,pisau tula yang potong cili , dan pisau tu jugakla yang potong tembikai. Tu yang kalau minum air tembikai rasa pedas, free2 je dapat rasa cili sekali.hamek kau.(haha.)

Lagi yang bestnye, aura abang cina-nasiayam ni pun transfer kat staff2 lain. Bukan yang buat air je,yang amek order-lap meja pun semangat jugak.haha.Hm,bagus3,sebenarnya apa yang Karim nampak diorang ni memang tahu matlamat diorang. Diorang tahu yang lagi kuat diorang kerja lagi banyak diorang ong.Untung-dapat duet banyak2.

Andaila diorang ini muslim,korang rasa diorang ni bersungguh-sungguh tak menjadi seorang muslim selaras tujuan hidup manusia yakni beribadah kepada Allah? Wallahua'lam.

Apa yang kita boleh belajar.Pastikan kita jelas matlamat asal kita.Tak kisahla dalam apa-apa pekerjaan pun.Perbaiki niat kita dari semasa ke semasa(Redha Allah).Bersungguh dan semangat tu penting.Tapi,semangat itu perlu diawasi dengan "kewarasan" aqal.Pastikan kita sedar dan tahu apa yang kita sedang buat.

Insha Allah sama-sama kita cube. senyumikhlas.

2 comments:

Asif said...

You r rite..!

Sini TARC penuh China..quite different from Malay..

Malay kalau boleh nak update habis dressing, metro lebih.. tapi, kadang-kadang kurang selari dgn akademik..

Unlike chinese, metro2 jugak, study hwork siap dalam kelas lg..botol air punya besar..xphm xsegan silu angkt tgn..

hmm..melayu tersalah transfer culture..

Anonymous said...

jom kita ubah dari diri kita dulu...
muslim super... =)