Sangkakala = Shape of the Universe?



Once, Karim baca dalam ILuV Islam punya web, kosmos kita berbentuk seperti sangkakala. Mengikut tafsiran ulama', sangkakala berbentuk seakan-akan trumpet, atau instrumen yang apabila ditiup mengeluarkan bunyi.


Lately, when Karim read about the quantum fluctuations, pada permulaan Big Bang dahulu, Karim ternampak gambar sejenis macam ini. Tapi lagi detail, sebab dia dalam buku kawan Karim.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Bentuk dia jadi macam ini, sebab pada permulaan Universe dulu, dark matter dominan. So, mereka contract. As time passed by, dark energy ambil alih, so they repel. Jadi bentuk macam itu. Macam pada permulaan dulu, atomic force dominan, then gravity pula ambil alih. Ha, lebih kurang macam itu.

Bayangkan, andai kata tafsiran ulama' itu betul. Tafsiran itu tidak disabitkan secara qat'ie, tapi kita digalakkan ambil pengajaran. Andaikata, apabila tiba hari Qiamat, Israfil datang untuk tiup sangkakala. Innalillah, again, Karim tak boleh bayangkan apa jadi, betapa hebatnya kehancuran itu. Moga kita semua dimatikan dalam kalangan orang beriman. Amiin. Astaghfirullah. Kawan-kawan, dah tiba masa untuk kita kembali kepada Islam.

The Answer for The Riddle



The Answer for The Riddle

Salam.


Sorry for delaying the answer for the post. No time.
Anyway, Lurhaf's answer is partially right. 15621, can be the number of coconuts in the situation, but not the minimum amount.

K, the solution. Bear with me a few seconds.

5 students and 1 monkey are in a deserted island, they all gather coconuts then goes sleep. The 1st student wakes-up and divides all the coconuts into 5 shares with 1 extra coconut that he gives to the monkey,he then hides his part of the share and goes back to sleep; The 2nd student wakes-up and divides all the left-over coconuts into 5 shares which also results into 1 extra coconut that she also gives to the monkey, she also hides her share; The 3rd, 4th, and 5th student also do this. What is the minimum number of coconuts possible in the given situation?

Jumlah kokonut setiap murid dapat pada akhir situasi = C
Jumlah kokonut sebelum pembahagian terakhir = 5xC+ 1 = 5C +1

Disebabkan 5C+1 adalah 4/5 dari jumlah sebelumnya, katakan X (murid ke 4 bahagi 5, tinggalkan 4),

4/5 dari Y4 = 5C+1
4/5 x Y = 5C+1
Y4 = (5C+1)x 5/4

Dengan ini, jika kita bergerak kebelakang,
(5C+1)5/4 = Y4
5/4 (Y4+1) = Y3
5/4 (Y3+1) = Y2
5/4 (Y2+1) = Y1
Y1+1 = Total kokonut.

So, there's the theory, now the practical. Again, bear with me.

[5C+1] (5/4) = 25C/4 + 5/4 ------> Y4
[25C+ 5/4 +1] (5/4) = 125C/16 + 25/16 + 5/4 = 125C/16 + 45/16 ------> Y3
[125C/16 + 45/16 + 1] (5/4) = 625C/64 + 225/64 + 5/4 = 625C/64 + 305/64 ------> Y2
[625C/64 + 305/64 + 1] (5/4) = 3125C/256 + 1525/256 + 5/4 = 3125C/256 + 1845/256 ------> Y1

3125C/256 + 1845/256, simplify it we could :
= 12 53/256 (C) + 7 53/256
= 12C + 7 + 53/256(C) + 53/256
= 12 C + 7 + [53 (C+1)]/256 -----> 2

The bold one is the clue to the answer.

53 tidak boleh membahagikan 256, logiknya kerana jika kita berbuat demikian akan ada pecahan. Sedangkan tidak wujud 1/8 kokonut atau 1/13 kokonut. Oleh itu, (C+1) harus membahagikan 256. Nilai C yang paling kecil untuk membolehkan [53 (C+1)]/256 = nombor bulat (tiada pecahan) adalah 255. 255+ 1 = 256 bla3.

Oleh yang demikian, kita masukkan nilai C kita pada equation 2.
12 (255) + 7 + [53(256)/256] = 3120

Lupa pula pada satu yang awal2 diberikan kepada monyet, 3120 +1 = 3121.

Kajian mendalam terhadap jawapan Lurhaf.
15621-1 = 15620
15620 = 12C + 7 + [53(C+1)/256]
(15620 - 7)256 = 12C(256) + 53(C+1)
(15620 - 7)256 = 3072C + 53(C+1)
3996928 = 3072C + 53C + 53
3996928 - 53 = 3125C
C = 1279# (tiada pecahan)

Jawapan Lurhaf betul, tetapi kurang tepat, kerana ia bukan jumlah minimum.

Wallahualam. Kudos Lurhaf.
Salam. God bless us all.

Seruan Kepada Pemuda

Salam kepada sahabatku...

Nukilan ini dicoret khas buat rakan-rakan Caliph 14. Ana di sini, ingin menyeru kepada semua warga C14 khasnya, dan kepada semua pembaca umumnya, agar kita mula menyemai kesedaran dan meniup semangat perjuangan untuk ISLAM. Baru-baru ini, secara terang-terangan telah berlaku beberapa peristiwa yang telah menjadi peringatan buat ana, agar menjadi lebih dedikasi dalam meperjuangkan ISLAM.

Biarlah antum di mana pun, berjuanglah dalam wasilah masing-masing. Walaupun ana tak layak untuk menulis tentang perkara ini, tapi peristiwa berlaku memaksa ana menulis seruan ini. Tak sampai seminggu lepas, ahli keluarga kepada rakan ana disembur oleh FRU kerana membaca Yasin di dalam masjid ketika konflik politik yang berlaku di Perak. Innalillah, tapi inilah hakikat. Muslim menjadi penentang Muslim. Tak sampai sebulan lepas, ahli Geologi Rusia mendapati terdapat bunyi seperti ngauman binatang raksaksa dari bawah mantel; ulama' berpendapat itu bunyi Dajal. Tak sampai dua minggu lepas, Islam telah mula bersuara apabila Presiden Turki Erdogan menempelak Peres lalu keluar dengan marah dari forum ekonomi antarabangsa. Tak sampai sehari lepas, ada dah rakan yang dah mula 'langkah' baru, bukan ke taman syurga, tapi ke lubang neraka. Na'uzubillah. Tak sampai seminggu lepas, saintis nuklear Pakistan menjadi senarai 'bunuh' Mossad.

Bila difikir balik, memang umat Islam ramai. Konflik Gaza, demonstrasi tak payah kira banyaknya, tapi pemimpin Arab macam adik beradik dengan Israel. Mungkin disebabkan itulah rakyat Arab mengatakan pemimpin mereka lagi patut mati daripada Israel. Di Malaysia, tak payah cerita, sudah terang lagi bersuluh, pemimpin Islam dari sesetengah parti bertindak menjadi wakil suara masyarakat majmuk menentang Islam. Kerajaan sekarang memang 'hebat'. Amat 'hebat'.

Apa tindakan kita? Mari, tanamkan cita-cita, agar kita mati dalam usaha menegakkan Islam. Tanamkan cita-cita, agar kita memilih kerjaya yang membantu menegakkan Islam. Pilih apa saja. Guru, akauntan, physicist, ahli ekonomi, tentera. Dan pastikan niat kita adalah untuk Islam. Ana menulis benda ini, kerana melihat Islam semakin malap, terutama dalam diri ana. Moga tulisan ini, ikhtiar ana mendapat redha Allah. Warga C14, antum semua pemuda dan pemudi, yang lelakinya masih berdarah panas, otak masih menggelegak dengan idea baru, hati masih lagi terbakar dengan semangat, sudah tiba masa untuk kita benar-benar menegakkan Islam dalam hati, bukan hanya pada nama. Yang wanitanya, jagalah diri antunna, itu yang diharapkan. Libatkan diri dalam perjuangan, jadi rama-rama yang mahal. Dan masa depan antunna, sokonglah suami antunna untuk memperjuangkan Islam, galaslah tugas mendidik generasi. Usaha ini memerlukan ramai, bukan seorang. Ia tugas semua orang. Mafhum hadith, sesiapa yang mengucapkan la'ilaha illallah maka dia adalah pendakwah. Seru ke jalan Allah. There are no such notions that hanya orang tertentu layak untuk berdakwah. Itu kata-kata biasa, kita ikut Nabi. Itu hanya alasan mereka yang ingin lari, escapism.

Buat semua pembaca, imbau kembali sejarah gemilang kita, Salahuddin, Muhammad AL Fateh, Hasan Al Banna, Ahmad Yassin. Kalau kita tak boleh jadi pendukung, jadilah penyokong. Muhammad Al Fateh umur 21 tahun menjadi pembuka Konstantinopel. Mereka semua merupakan pemuda. Pemuda dari Kedah, yang syahid di Afghanistan, ketika mana Jeneral Pakistan berjaya membuka sempadan, dan menyeru umat Islam dari seluruh dunia agar datang membantu, ketika mana Afghanistan berdepan dengan Rusia, dia begitu bersemangat untuk pergi. Saban hari dia bekerja dan mengumpul hampir RM 10,00 bersam rakan-rakannya, hanya untuk syahid di sana. Masya Allah. Dan Rusia mengalami kejatuhan amat memalukan, Soviet? Hilang dalam debu. Allah bersama mereka yang yakin kepadaNya.
Hasan Al Banna pernah berkata "Berilah aku 300 katibah, yang mana dadanya sarat dengan pengetahuan, jiwanya berkilauan dengan cahaya ruhiyah, dan jasadnya terlatih, maka kamu ajaklah aku menerobos tujuh lapisan angkasa, menembusi bumi, tujuh petala langit dan menghancurkan kepala penjajah, pasti aku sanggup!".

Oleh itu pembaca semua, yang ana yakin lebih separuh merupakan golongan pemuda, mula tanamkan azam sekarang, untuk lihat Islam tertegak. Kurangilah hiburan-hiburan yang melebih-lebih, hindarilah dan tentang habis-habisan maksiat, dalam diri dan dalam kalangan antum sendiri. Itu lebih utama. Kemudian, libatkan diri dengan jemaah. Cita-cita, dan kerjaya pastikan ianya untuk Islam. Sama-sama untuk Islam.

Hayati video ini....Tanamkan azam dan tekad. Lihat sekeliling, Islam perlukan pemuda seperti dia. Cerita benar, dianimasikan.

utamakan prioriti




salam to all kind readers

sementara menunggu keputusan SPM yg belum kunjung tiba,
jom baca..

SUCCESS?

Success is the maximum ultilization of the abilty you have.

PEACE?

Peace cannot be kept by force. It can only be achieved by understanding.

FOCUS?

You must be single minded. Drive for one thing on which you have decided.

TENACITY?

Never discourage anyone who continually makes progress, no matter how slow.

LEADERSHIP?

A leader is one who dares to takes the plunge, while others hesitate.

WISDOM?

The courage to speak must be matched by the wisdom to listen.

RESPONSIBILITY?

We cannot escape the responsibilities of tomorrow by evading them today.

CHALLENGE?

Your biggest task is not to get ahead of others, but to surpass yourself.

GOAL?

Only you can chart the course your life will take.

THINK?

The mind, like parachute, functions only when open.

VISION?

Vision is the ability to see past the storms in life to a place of calm.

MOTIVATION?

A champion needs a motivation above and beyond winning


*dipetik dr bk ape ntah.

ibrah? jom pk same2..
Assalamualaikum wbt.



Personaliti unggul:Lelaki soleh




Bismillah..


Assalamualaikum w.b.t

Di harap semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat wal'afiat.

''Iman dan Takwa dapat berubah sesuai dengan kadar ketaatan kepada Allah.
Ketaatan kepada Allah dapat membezakan kedudukan para Nabi,Siddiqin,
Syuhada' dan Solehin di dalam syurga kelak.Yang memperoleh kedudukan
yang paling tinggi dan mulia adalah yang memiliki ketaatan tertinggi disisi Allah.''

Sebenarnya Karim sangat tertarik dengan mutiara kata di atas.Ketaatan kepada-Nya
menjadi elemen yang penting dalam hidup kita.Jadi,entri kali ini Karim ingin berkongsi bagaimana cara untuk membina personaliti unggul iaitu lelaki soleh.

  1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  2. Taat dan berbakti kepada Ibu Bapa.
  3. Cinta dan kasih sayang serta bertanggungjawab kepada keluarga.
  4. Gigih mencari nafkah yang halal.
  5. Mampu mendidik dan mentadbir keluarga.
  6. Sabar menghadapi ujian hidup.
  7. Takut kepada-Nya dan sentiasa mengharapkan rahmat dan redha-Nya.
  8. Sentiasa bertaubat dan tidak berputus asa.
  9. Kuat bergantung dan bertawakal kepada Allah.
  10. Kasih kepada sesama manusia.
  11. Pemaaf dan berlapang dada.
  12. Pemurah.
  13. Amanah.
  14. Gigih mengajak kepada amar ma'ruf nahi munkar
  15. Mampu melawan dan menundukkan nafsu.
  16. Qiamullail.
  17. Ikhlas beramal.
  18. Berani.(Jihad,menghadapi cabaran)
Subhanallah,bukan senang untuk mengaplikasikan langkah-langkah yang tersenerai.Tak mengapalah sekurang-kurangnya kita mencuba.Jadi ,apa tunggu lagi??Mari sama-sama beramal supaya mampu menjadi insan yang unggul.